Penyanyi dan komposer, Aina Abdul berjaya menduduki tangga keempat di Eurovision Song Contest Asia 2026.
Aina peroleh 82 mata daripada 10 juri manakala bagi undian penonton sebanyak 70 mata dengan jumlah sebanyak 152 mata.
Bagaimanapun, Aina berjaya memukau penonton dengan nyanyiannya menerusi lagu Bluest Sky.
Sementara itu, wakil Filipina, Carmelle berjaya dinobatkan sebagai juara sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 dengan 211 mata secara keseluruhan.
Untuk rekod, Aina mempertaruhkan lagu Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan sulung yang menghimpunkan 11 wakil dari negara Asia.
Lebih istimewa, Aina merupakan peserta terakhir yang membuat persembahan pada malam kemuncak tersebut, sekali gus menutup tirai saingan dengan persembahan daripada wakil Malaysia.
Antara negara yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu ialah Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.