Skip to main content

Hiburan

“Malaysia Tetap Berbangga!” - PMX Ucap Tahniah Buat Aina Abdul!

“Malaysia Tetap Berbangga!” - PMX Ucap Tahniah Buat Aina Abdul!

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Aina Abdul atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026.
  • Aina Abdul memperoleh 152 mata keseluruhan dengan lagu ciptaannya, Bluest Sky, bersaing bersama 10 wakil dari negara Asia lain.
  • Anwar memuji usaha Aina dan pasukannya yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi dan komposer, Aina Abdul atas kejayaannya meraih tempat keempat dalam pertandingan Eurovision Asia Song Contest 2026.

Menerusi hantaran di Threads, Anwar menyifatkan pencapaian tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia, selain menghargai usaha Aina bersama pasukannya dalam mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Advertisement

“Alhamdulillah, tahniah Aina Abdul atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026!

“Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aina dan pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Terus terbang tinggi Aina!” tulisnya.

Advertisement

Aina Abdul berjaya menduduki tangga keempat di Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas memperoleh 82 mata daripada 10 juri manakala bagi undian penonton sebanyak 70 mata dengan jumlah sebanyak 152 mata. 

Untuk rekod, Aina mempertaruhkan lagu Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan Eurovision Asia yang menghimpunkan 11 wakil dari negara Asia termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement