Skip to main content

Hiburan

Malaysian Host Wanted 2: 'Chemistry' Sebenar Atau Sekadar Gosip Peminat? Shasha Nadira Uji Siti Khadijah & Amir Ahnaf Dalam Third Wheelie! 

Malaysian Host Wanted 2: 'Chemistry' Sebenar Atau Sekadar Gosip Peminat? Shasha Nadira Uji Siti Khadijah & Amir Ahnaf Dalam Third Wheelie! 

Sekilas

  • Shasha Nadira mempersembahkan pilot episod Third Wheelie dalam Malaysian Host Wanted Musim Kedua yang menguji chemistry pasangan selebriti pilihan peminat, Siti Khadijah Halim dan Amir Ahnaf.
  • Program ini menampilkan perbualan santai, permainan interaktif, dan pandangan penonton untuk menilai keserasian mereka dalam masa penggambaran yang terhad.
  • Penonton boleh mengundi calon juara di www.gempak.com/malaysianhostwanted dan mengikuti rancangan setiap Isnin, jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO.
Advertisement

Adakah chemistry antara pasangan selebriti yang sering menjadi pilihan peminat untuk “di-ship” benar-benar wujud, atau sekadar imaginasi peminat?

Persoalan itu menjadi taruhan dalam Third Wheelie, pilot episod Shasha Nadira yang dipaparkan dalam episod keenam Malaysian Host Wanted Musim Kedua.

Advertisement

Seperti yang dibentangkan ketika Pitching Day, Shasha membawakan sebuah program yang menemukan pasangan selebriti yang sering digandingkan oleh peminat. Menerusi perbualan santai, permainan interaktif dan pandangan sebenar daripada penonton, keserasian mereka akan diuji di hadapan kamera.

Bagi pilot episod kali ini, Shasha menampilkan dua nama yang semakin mendapat perhatian peminat muda, Siti Khadijah Halim dan Amir Ahnaf. Jadi, adakah chemistry yang sering diperkatakan peminat benar-benar wujud apabila mereka dipertemukan di hadapan kamera?

Shasha turut berdepan kekangan masa apabila kedua-dua selebriti hanya mempunyai beberapa jam untuk menjalani penggambaran.

Advertisement

Dalam tempoh yang terhad itu, Shasha juga perlu memastikan setiap segmen berjalan dengan lancar dan segala kandungan yang dirancang berjaya dirakam.

Di sebalik cabaran kekangan masa, penonton turut menyaksikan usaha Shasha menguruskan keseluruhan produksi, daripada persiapan dan pre-production, pemilihan lokasi hinggalah ke proses editing.

Malah, Shasha turut menghasilkan sendiri beberapa elemen kreatif seperti montaj dan jingle Third Wheelie bersama rakannya.

Hasil pilot episod ini dinilai oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani, bersama juri jemputan Hawa Rizwana. Sherry Al-Hadad pula bertindak sebagai pengacara sepanjang pertandingan.

Penonton juga boleh mengundi calon juara pilihan mereka menerusi www.gempak.com/malaysianhostwanted. Hanya seorang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000! Saksikan Malaysian Host Wanted Musim Kedua, setiap Isnin, jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO! 


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement