Skip to main content

Hiburan

Malaysian Host Wanted 2: Kaki Cramp, Badan Lesu! Baihaqi Cabar Diri Belajar Tarian Balet Dalam Side Quest

Malaysian Host Wanted 2: Kaki Cramp, Badan Lesu! Baihaqi Cabar Diri Belajar Tarian Balet Dalam Side Quest

Sekilas

  • Baihaqi dan Dai Fuad diuji dengan cabaran mempelajari tarian balet dalam masa singkat untuk rancangan Side Quest di Malaysian Host Wanted Musim Kedua.
  • Mereka perlu menampilkan persembahan balet di hadapan penonton dan juri pakar walaupun baru pertama kali mencuba dan menghadapi kesukaran fizikal.
  • Penonton boleh mengundi calon juara pilihan mereka di laman web rasmi, manakala episod disiarkan setiap Isnin, jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO.
Advertisement

Bukan mudah untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan, apatah lagi apabila masa yang diberikan begitu terhad!

Itulah cabaran yang perlu ditempuhi Baihaqi bersama pelakon yang semakin meningkat naik menerusi drama bersiri Good Boys Go to Heaven, Dai Fuad, dalam episod kedua Malaysian Host Wanted Musim Kedua.

Advertisement

Sebagai satu-satunya finalis lelaki yang berjaya melangkah ke kelompok enam terbaik, Baihaqi akhirnya berpeluang merealisasikan idea yang dibentangkan ketika Pitching Day menerusi sebuah rancangan berjudul Side Quest yang di inspirasikan dari permainan video.

Namun, cabaran yang dipilih bukan calang-calang.

Baihaqi dan Dai Fuad perlu mempelajari tarian balet dalam tempoh yang singkat sebelum mempersembahkan hasil latihan mereka di hadapan penonton dan dinilai oleh pakar tarian balet.

Advertisement

Bagi mereka yang pertama kali mencuba, menguasai setiap langkah dan pergerakan balet sememangnya bukan perkara mudah.

Kaki mula kejang, badan semakin lesu, malah setiap gerakan memerlukan fokus dan latihan berterusan.

Bagaimanapun, demi menjayakan cabaran terakhir Side Quest, kedua-duanya tetap berusaha memberikan yang terbaik.

Meskipun terdapat beberapa kesilapan ketika persembahan, Baihaqi dan Dai Fuad tetap meneruskan cabaran dan memberikan persembahan sebaik mungkin di hadapan penonton serta pakar tarian balet.

Namun, adakah persembahan yang berani itu sudah cukup untuk memikat hati barisan juri tetap?

Dalam pertandingan ini, bukan sekadar keberanian mencuba yang menjadi ukuran. Bagaimanakah Baihaqi menterjemahkan ideanya kepada sebuah rancangan yang menarik, dan sejauh mana kemampuan pengacaraannya menyerlah dalam Side Quest?

Hasil kerja Baihaqi kemudiannya dinilai oleh barisan juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani manakala Sherry Al-Hadad mengendalikan rancangan sebagai pengacara sepanjang pertandingan  

Penonton juga berpeluang mengundi calon juara pilihan mereka menerusi www.gempak.com/malaysianhostwanted.

Siapakah yang bakal bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000? Saksikan Malaysian Host Wanted Musim Kedua, setiap Isnin, jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO! 
 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement