Finalis Malaysian Host Wanted (MHW), Nina Amin tampil dengan sebuah program yang berbeza yang berkonsepkan ketenangan dan refleksi diri berjudul “A Quiet Life”.
Nina Amin menerbitkan dan mengacarakan episod pilot atau episod percubaan ini dengan mengetengahkan tema kehidupan seorang introvert dan extrovert, dalam usaha membuka ruang pemahaman yang lebih mendalam antara dua personaliti berbeza.
Sebagai seorang yang mengakui dirinya introvert, Nina membawa penonton menyelami dunia yang lebih santai, tenang dan introspektif.
Untuk episod pilot ini, Nina akan ditemani oleh pelakon baharu Nasuha Sulaiman, yang mewakili sisi extrovert. Melalui interaksi mereka, rancangan A Quiet Life memperlihatkan bagaimana seorang extrovert cuba mengenali, memahami dan mendalami kehidupan seorang introvert satu perspektif yang jarang diberi ruang dalam kandungan televisyen arus perdana.
Berteraskan konsep “Zen”, A Quiet Life menampilkan pendekatan visual dan naratif yang minimalis, santai dan menenangkan, sambil menyentuh aspek emosi, keseimbangan diri serta keindahan hidup dalam kesunyian. Rancangan ini mengajak penonton untuk memperlaha
30 minit pertama episod ketiga akan memaparkan belakang tabir perjalanan Meyra Khan dalam menghasilkan episod pilot Viral Kita Trial bermula daripada pembangunan konsep, penyusunan kandungan, cabaran produksi, sehinggalah proses penggambaran sebenar.
Segmen ini memberi gambaran realistik tentang tekanan dan tanggungjawab seorang hos yang turut bertindak sebagai penerbit kandungan.
Manakala 30 minit seterusnya akan menampilkan tayangan penuh episod pilot Viral Kita Trial, disusuli sesi tontonan dan penilaian oleh barisan juri.
Episod ini akan disaksikan dan dikritik secara profesional oleh hos dan juri tetap Sherry Al-
Hadad, bersama dua juri berpengalaman industri, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Awal Ashaari, serta rakan-rakan wartawan yang turut memberikan reaksi dan kritikan membina.
Pemenang Malaysian Host Wanted bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, selain peluang membuka laluan kerjaya sebenar sebagai hos di Astro menjadikan rancangan ini platform realistik untuk melahirkan hos berkualiti tinggi yang bersedia menghadapi industri sebenar.
Malaysian Host Wanted bersiaran setiap Khamis jam 11.30 malam di Astro Ria.