Skip to main content

Viral

Malu Tapi Profesional, Gigi Veneer Ratu Cantik Thailand Tercabut Ketika Sesi Perkenalan Diri

Astro Gempak veneer grand

Sekilas

  • Seorang peserta Miss Grand Thailand 2026 dari Pathum Thani tular selepas veneer giginya tercabut ketika sesi perkenalan diri di atas pentas.
  • Walaupun mengalami insiden itu, dia tetap tenang dan profesional dengan membetulkan giginya sebelum meneruskan persembahan.
  • Video kejadian tersebut mendapat pujian ramai dan menjadi tular menjelang malam kemuncak pertandingan pada 28 Mac di Bangkok.
Advertisement

Seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand Thailand 2026 menjadi tular di media sosial selepas berdepan detik memalukan apabila veneer giginya tercabut ketika berada di atas pentas.

Kejadian tersebut berlaku ketika sesi perkenalan diri dalam pertandingan awal yang berlangsung baru-baru ini, sekali gus menarik perhatian ramai pengguna media sosial di seluruh dunia.

Advertisement

Peserta yang dikenali sebagai wakil wilayah Pathum Thani itu pada awalnya sedang menyampaikan ucapan dengan penuh yakin sebelum insiden tidak dijangka berlaku apabila gigi palsunya (veneer) tiba-tiba longgar dan terjatuh.

Namun begitu, situasi tersebut tidak mematahkan semangatnya apabila dia tetap meneruskan persembahan dengan profesional. Malah, selepas menyedari apa yang berlaku, dia dengan tenang berpaling ke belakang pentas untuk membetulkan keadaan sebelum kembali ke hadapan dan meneruskan catwalk seperti biasa.

Aksi spontan dan sikap tenang yang ditunjukkan peserta itu mendapat pujian ramai, dengan netizen menyifatkannya sebagai seorang yang berani dan profesional walaupun berada dalam situasi mencabar.

Video kejadian tersebut kemudiannya tersebar luas di media sosial, sekali gus menjadikan momen berkenaan antara yang paling diperkatakan menjelang malam kemuncak pertandingan.

Untuk rekod, pertandingan akhir Miss Grand Thailand 2026 dijadualkan berlangsung pada 28 Mac di Bangkok, dengan pemenang bakal mewakili negara itu ke pentas antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

Must Watch Video

Advertisement