Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Mana Datang Budak Ni Sebenarnya?” - Lakonan Zarif Ghazzi Dalam KUDRAT 1968 Curi Perhatian

“Mana Datang Budak Ni Sebenarnya?” - Lakonan Zarif Ghazzi Dalam KUDRAT 1968 Curi Perhatian

Sekilas

  • Zarif Ghazzi berjaya mencuri perhatian penonton menerusi lakonannya sebagai Abbas dalam drama siri KUDRAT 1968: High Council.
  • Penonton dan netizen memuji bakat dan potensi Zarif yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama Khunsa terbitan RadiusOne.
  • KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada siri High Council dan sudah mula ditayangkan sejak 11 September lalu.
Advertisement

Lakonan aktor, Zarif Ghazzi menerusi drama bersiri KUDRAT 1968: High Council berjaya mencuri perhatian penonton sehingga ramai mula menyedari bakat dan potensi yang dimilikinya.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata penonton memberikan pujian terhadap lakonan Zarif yang dilihat berjaya membawa watak Abbas dengan baik.

Advertisement

“Sekejap, aku nak tanya sebab aku ni jarang layan drama Melayu, jadi aku kurang tahu sikit bab pelakon-pelakon Malaysia. Zarif Ghazzi datang dari mana sebenarnya? Dia hero remaja ke? Asal aku tak tahu ada pelakon hebat macam dia selain Mierul Aiman?

“Sebab aku pertama kali tengok dia berlakon dalam KUDRAT 1968 dan dia berjaya buat aku duduk depan TV dari awal sampai habis,” komen seorang netizen.

Dalam pada itu, ada peminat yang berkongsi bahawa Zarif sebenarnya sudah mula membina nama menerusi beberapa karya sebelum ini, termasuk drama Khunsa terbitan RadiusOne.

“Dia bukan dari hero remaja, tetapi mula berlakon dalam drama-drama RadiusOne. Kalau ingat dulu cerita Khunsa, dia yang jadi budak pencerita itu. Lama-lama nama dia naik sebab orang suka tengok dia berlakon. Saya rasa Zarif akan jadi salah seorang pelakon terbaik nanti. By the way, ini filem aksi pertama dia.

"Pertama kali tengok dia berlakon dalam drama Khunsa. Masa itu dah boleh nampak dia boleh pergi jauh. Dan dalam KUDRAT 1968, memang dia sangat perform.

“Saya baru-baru ini nampak dia menerusi beberapa klip yang dikongsikan. Dalam kepala terus terlintas, ‘Budak ini ada begitu banyak potensi.’ Dia boleh bawa perubahan karakter dengan begitu sahaja, lancar dan natural. Ada masa, dia mengingatkan saya kepada Redza Minhat.

"Aku harap dia dapat jadi pelapis Syafiq Kyle. Muka dah ada, muka budak baik tapi dapat bawa watak berat juga. Tengok macam mana dia bawa babak-babak aksi dalam KUDRAT ini," komen netizen.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council sudah mula menemui peminat pada 11 September.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement