Sekilas
- Prince Syed, usahawan dan personaliti media sosial, menjelaskan gelaran "Prince" yang digunakannya bukan bermaksud dia berasal dari keturunan diraja.
- Gelaran tersebut dipilih sebagai penghormatan kepada Princess Syahrini, figura terkenal dari Indonesia yang dikaguminya kerana karisma dan kejayaannya.
- Prince Syed mahu membawa semangat dan aura kuat seperti yang dimiliki oleh Princess Syahrini dalam jenama dirinya sendiri.
Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, tampil menjelaskan kisah di sebalik gelaran Prince yang kini menjadi identitinya di media sosial.
Dalam sebuah podcast bersama iK Studio, pemilik nama sebenar Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, berkata ramai yang menyangka dirinya berasal daripada keturunan diraja hanya kerana penggunaan gelaran tersebut.
"Ramai yang tertanya-tanya, kenapa ‘Prince’.. raja atau putera dari mana. Sebenarnya tak ada keturunan raja, sesiapa pun boleh guna nama ‘Prince’ ke ‘Putera’.. ‘Putera Katak’ ke," katanya.
Jelas Syed, nama itu dipilih bukan untuk mencipta imej bangsawan, tetapi kerana terinspirasi daripada seorang figura terkenal Indonesia, Princess Syahrini, yang dikaguminya sejak dulu.
Syed menyifatkan Syahrini sebagai seorang wanita berkarisma, berjaya dan mempunyai aura kuat sehingga membuatkan beliau mahu membawa semangat yang sama dalam jenama dirinya.
"Di negara kita saya pasti ada yang mengenali satu sosok ini. Dia ialah seseorang yang dikenali bukan dari negara kita tapi dari negara jiran. Dia ialah seorang wanita yang bekerjaya, hebat dan ramai yang mengaguminya.
"Jadi saya guna nama ‘Prince’ sebab saya kagum dengan kekentalannya, kehebatan dan auranya. Tapi dia guna ‘Princess’, dia ialah ‘Princess Syahrini’," tambahnya.
@ikstudio.my "Putera Katak pun boleh 🤭" #viral #trending #princesyed #fyp #podcast ♬ original sound - ikstudio