Skip to main content

Hiburan

Mangsa Sempat Tunjuk Foto Pembuli Sebelum Meninggal Dunia

Mangsa Sempat Tunjuk Foto Pembuli Sebelum Meninggal Dunia

Sekilas

  • Seorang murid berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa buli di sekolah sempat menunjukkan foto pelaku kepada keluarganya sebelum meninggal dunia.
  • Mangsa dirawat di hospital selama sembilan hari dan mengalami perubahan sikap serta kesan lebam pada badan sebelum meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.
  • Pihak berkuasa sedang menyiasat kes buli tersebut dan mengambil keterangan saksi, manakala pihak sekolah menyerahkan tindakan lanjut kepada polis.
Advertisement

Seorang mangsa buli di sekolah yang berusia tujuh tahun sempat memberitahu identiti pelaku kepada keluarganya sebelum dia meninggal dunia.

Perkara itu didedahkan bapanya, Nurwandi selepas kejadian menggemparkan di Kebondalem, Pemalang, Jawa Tengah di Indonesia itu meraih perhatian ramai.

Advertisement

"Anak saya sudah menunjukkan foto beberapa pelaku dari kelas lima dan kelas enam. Saya cuba meminta penjelasan daripada pihak sekolah, namun tidak berhasil," ujarnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Diah Indriyanti berkata, anaknya yang merupakan murid Kelas 2 SDN 1 Kebondalem sempat dirawat di hospital selama sembilan hari sejak pertengahan bulan lalu.

Mangsa sempat pulang ke rumah selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital pada akhir September.

"Anak saya berubah daripada seorang yang periang menjadi amat pendiam. Terdapat kesan lebam pada perut dan kaki anak saya. Dia sering mengadu sakit," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat kes buli yang menimpa murid tersebut dan turut mengambil keterangan beberapa saksi.

Sementara itu, Kepala SDN 1 Kebondalem, Erning Rustini enggan mengulas insiden tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement