Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Mansur & Liu: Cantik, Megah Dan Sempurna, Imaginasi M. Nasir Hidup Di Pentas

Mansur & Liu: Cantik, Megah Dan Sempurna, Imaginasi M. Nasir Hidup Di Pentas

Sekilas

  • Teater Muzikal Mansur & Liu arahan pertama Datuk M Nasir memukau dengan gabungan cerita, muzik, lakonan dan koreografi yang indah di Panggung Sari Istana Budaya.
  • Drama ini mengisahkan pertemuan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari China, mengangkat tema cinta, kuasa, maruah dan geopolitik Melaka abad ke-15.
  • Pelakon utama seperti Aliff Aziz dan Melinda Dadew serta barisan pelakon lain berjaya menghidupkan watak dengan penuh karisma, menjadikan pementasan ini pengalaman teater yang moden dan berjiwa.
Advertisement

Jika ada satu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan pengalaman menonton Teater Muzikal Mansur & Liu, ia adalah cantik dan memang ‘likat’ kemahiran seniman bernama Datuk M Nasir ; meski ini adalah arahan perdananya sebagai seorang pengarah teater muzikal.

Bukan sekadar ‘cantik’ dari sudut visual, tetapi indah dari segi cerita, muzik, lakonan, koreografi serta cara keseluruhan dunia yang dibayangkan M. Nasir bersama sri kandinya, Datin Marlia Musa, diterjemahkan di panggung berprestij, Panggung Sari Istana Budaya.

Advertisement

Itu adalah perspektif dan naratif yang dipersetujui semua media yang menjadi antara saksi mata pertama menonton Mansur & Liu pada 9 September sebelum ia dibuka kepada orang awam selama 10 hari bermula 10 hingga 20 September 2026.

Selain ilham yang diambil daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, lalu dipentaskan dengan imaginasi sendiri tentang sosok Mansur dan Liu disifatkan sempurna, lagu-lagu yang dicipta khas untuk teater muzikal ini menjadi nadi utama pementasan ini.

Mansur & Liu secara ringkas membawa penonton menyelami kisah pertemuan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Liu dari China dalam sebuah naratif yang bukan sahaja berkisar tentang cinta, tetapi turut menyentuh soal kuasa, maruah dan percaturan geopolitik Melaka pada abad ke-15.

Advertisement

Aliff Aziz menghidupkan Sultan Mansur Shah dengan penuh karisma sementara Melinda Dadew sebagai Puteri Liu memikul tanggungjawab besar untuk membawa hubungan dua karakter ini sehingga ke akhir ceritera.

Nama-nama tidak asing dalam dunia pementasan  seperti Amerul Affendi, Sherry Alhadad,  Brian Chan, Anas Ridzuan dan Taqim Zaki, Fiza Thomas, Ruzana Ibrahim serta Hazama bersama Arena Wan turut memberikan warna dengan setiap karakter mempunyai peranan dalam memastikan cerita terus bergerak dan tidak terasa berat walaupun sarat dengan elemen sejarah, politik dan budaya.

Mereka bersama seluruh keluarga Mansur & Liu telah mempersembahkan ‘jamuan mata’ selama tiga jam yang  penulis secara peribadi menyifatkan ia bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang dipindahkan ke pentas.

Ia adalah sebuah dunia yang dicipta semula dengan imaginasi yang besar. Dan paling menarik, imaginasi M. Nasir itu terasa hidup. Ia seperti apa yang dikatakan M Nasir dalam sesi bertemu media usai pementasan, imaginasi tersebut datang lewat inspirasi.

Kata beliau penuh metafora: “Membikin sesuatu kerja perlu ada inspirasi. Tiada inspirasi pun boleh jadi inspirasi.”

Jika mahu menyelami imaginasi dan inspirasi naskhah agung M Nasir ini, jangan terlepas menyaksikan Mansur & Liu bermula 10 hingga 20 September 2026 di Panggung Sari Istana Budaya.

Satu yang pasti ini bukan percubaan untuk sekadar 'buat teater sejarah'. Sebaliknya, produksi ini mengambil sejarah sebagai asas sebelum membina sebuah pengalaman pentas yang moden, imaginatif dan penuh jiwa lalu boleh dirasai dengan sangat indah.

Jadi, kalau masih tertanya-tanya sama ada berbaloi atau tidak untuk mendapatkan tiket, jawapannya mudah:

Ya. Pergilah tonton. Anda tidak akan kecewa.

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement