Skip to main content

Hiburan

"Manusia Datang Dan Pergi, Tapi Bukan Kamu” - Fazura Titip Ucapan Penuh Emosi Sempena Hari Lahir DJ Sonic

Fazura

Sekilas

  • Nur Fazura berkongsi ucapan istimewa sempena hari lahir DJ Sonic, menyifatkan dia sebagai insan yang sangat istimewa dan sentiasa membawa kegembiraan dalam hidupnya.
  • Fazura menghargai sokongan Sonic yang sentiasa ada bukan sahaja di saat gembira tetapi juga ketika menghadapi ujian hidup.
  • Fazura menegaskan ikatan persahabatan mereka sangat kuat dan tidak akan dilupakan, sambil mengucapkan selamat hari lahir dengan penuh kasih sayang.
Advertisement

Sempena hari lahir DJ Sonic, sahabat baiknya yang juga pelakon dan penyanyi Nur Fazura menitipkan ucapan istimewa buat penyampai radio dan pengacara itu. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Fazura menyifatkan Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein sebagai insan yang sangat istimewa dan sentiasa hadir membawa kegembiraan dalam hidupnya.

 

“Terisitimewa buat sahabat dan keluargaku yang Allah SWT kurniakan dalam hidupku. Suffian, Sonic… kau SATU dalam sejuta. Hadirmu membawa seribu senyuman, kedamaian dan gelak tawa yang menerangi setiap sudut suram yang tatkala datang.

 

“Hidup ini penuh rahsia Allah SWT, manusia datang dan pergi… tapi insan setia dan ikhlas sepertimu mustahil akan hilang kerana tulusnya hatimu tiada tandingan.

 

“Terima kasih Sonic… (jap menangis 😭😭😭) kerana selaluuuuu…SELALU ADA dengan saya,” kongsinya.

 

Menurut penyanyi lagu Kisah Terbaik itu, bukan sahaja ketika saat bahagia, malah Sonic juga merupakan antara individu terawal yang akan hadir memberikan sokongan setiap kali dia berdepan ujian hidup.

 

“Bukan saja saat suka gembira, gelak tawa.. itu mudah! Tapi kaulah antara yang pertama akan hempaskan semua dan hadir memberi dukungan.

 

“You will and can never stand me fall… tangisan Faz, tangisan Sonic jua. Kami sahabat semua pun tahu, air mata berharga mu antara yang terawal akan tumpah mengiringi kebahagiaan teman-teman mu. 

 

“Kami takkan pernah melupakan itu! I love you sooo muchhh above all the honey dews to infinity and beyond! Can you imagine THAT? Happy happiest birthday everyday to my kesayangan dunia akhirat,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement