Skip to main content

Selebriti

Mariam Mohamed Jadi Wanita Arab Pertama Sertai Miss Universe 2025

Mariam Mohamed Jadi Wanita Arab Pertama Sertai Miss Universe 2025

Mahasiswi fesyen berusia 26 tahun, Mariam Mohamed mencetak sejarah apabila terpilih mewakili Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam pertandingan Miss Universe 2025.

Mariam yang berasal dari Dubai akan menyertai pertandingan tersebut yang dijadual berlangsung di  Pak Kret, Thailand, pada 21 November depan.

Advertisement

“Ini adalah satu penghormatan buat saya. UAE telah memberi saya keberanian untuk bermimpi besar,” ujar Mariam selepas dipilih daripada ratusan peserta, lapor Khaleej Times.

Wanita itu kemudian menyuarakan impian yang dibawa ke pertandingan tersebut.

“Saya mahu menjadi suara wanita yang berani, bercita-cita tinggi dan sentiasa mahu bersaing.

“Miss Universe UAE bukan hanya tentang kecantikan tetapi impak yang diberikan,” katanya.

Selain dunia fesyen, Mariam juga cukup arif dalam sukan tradisional UAE seperti berburu bersama burung helang dan menunggang unta.

Dia juga mengaku sangat suka mengembara kerana dapat memperkaya ilmu tentang dunia,

Diketahui lebih 950 wanita menghantar penyertaan untuk mengikuti pertandingan tersebut tahun ini.

Must-Watch Video

Advertisement