Skip to main content

Selebriti

Marissa Dania Kongsi Pesanan Abang - “Antara Kita Bertiga, Kau Dah Paling Cukup Baik Dengan Mama…”

Marissa Danish Hakim

Sekilas

  • Marissa Dania, anak Abby Abadi dan Norman Hakim, berkongsi tangkap layar mesej daripada abangnya, Danish Hakim, yang menghargai usaha Marissa menjadi penghubung dan pendamai dalam keluarga.
  • Danish menyatakan dia faham situasi keluarga mereka dan menekankan pentingnya keikhlasan untuk memperbaiki hubungan walaupun melalui dugaan.
  • Mesej tersebut dipercayai sebagai jawapan kepada dakwaan netizen mengenai kemelut keluarga mereka yang menjadi perhatian selepas beberapa perkongsian di media sosial.
Advertisement

Anak perempuan pelakon Abby Abadi dengan Norman Hakim iaitu Marissa Dania memuat naik tangkap layar mesej yang diterima daripada abangnya, Danish Hakim.

Menerusi perkongsian di Insta Stories, Danish meluahkan penghargaan terhadap segala usaha Marissa yang disifatkannya sentiasa cuba menjadi penghubung serta pendamai dalam keluarga.

Advertisement

Menurut Danish, Marissa merupakan antara adik-beradiknya yang paling banyak berusaha menjaga hubungan baik dengan ibu mereka.

“Antara kita bertiga kau dah paling cukup baikdengan mama,” tulisnya.

Dalam mesej sama, Danish juga memaklumkan dia memahami situasi yang berlaku.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Danish menyatakan setiap keluarga pasti melalui dugaan tertentu namun apa yang lebih penting adalah keikhlasan untuk berubah menjadi lebih baik.

“Pasal keluarga, saya faham. Manusia tak sempurna, dan yang penting adalah keikhlasan untuk memperbaiki.

“Saya tahu awak sentiasa cuba untuk jadi jambatan antara semua pihak, dan saya sangat hargai usaha awak,” luahnya.

Malah, Danish juga turut menitipkan doa agar adiknya itu terus tabah dan percaya setiap kesabaran akan dibalas dengan kebahagiaan.

“Insya-Allah akan ada harapan dan bahagia menanti awak. Allah Maha Adil,” pesannya.

Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian selepas beberapa perkongsian di media sosial yang dipercayai berkaitan kemelut keluarga mereka di muat naik.

Mesej daripada Danish itu dimuat naik Marissa dipercayai untuk menjawab beberapa dakwaan netizen mengenai hubungan mereka sekeluarga.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement