Skip to main content

Hiburan

“Masa Ayah Sakit, Nak Beli Ubat Pun Saya Tak Mampu” – Khairul Aming

“Masa Ayah Sakit, Nak Beli Ubat Pun Saya Tak Mampu” – Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming berkongsi pengalaman sukar ketika bapanya sakit dan dia tidak mampu membantu dari segi kewangan sebelum berjaya dalam perniagaan.
  • Hasil jualan Sambal Nyet digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan membuka kilang yang kini menggaji 100 pekerja tempatan Kelantan.
  • Khairul Aming menegaskan pentingnya memberi inspirasi kepada anak muda dan menangkis fitnah demi menjaga etika dalam mencari rezeki.
Advertisement

Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali fasa sukar hidupnya sebelum berjaya membina empayar perniagaan seperti hari ini.

Menurut Khairul Aming, antara perkara paling meninggalkan kesan adalah ketika arwah bapanya sakit sedangkan dia belum mempunyai kemampuan kewangan untuk membantu.

Advertisement

“Saya bukan anak siapa-siapa. Ayah saya dah tak ada. Masa sebelum dia meninggal, saya tak ada duit. Nak beli ubat pun saya tak mampu.

“Dia minta RM10 atau RM20 pun saya tak boleh nak bagi waktu itu. Saya rasa sangat tidak berdaya,” katanya.

Katanya, selepas Sambal Nyet mula mendapat sambutan, dia memilih untuk menggunakan hasil jualan bagi mengembangkan perniagaan dan membuka kilang berbanding berbelanja untuk kemewahan diri.

“Saya tak beli kereta mahal, tak pergi bercuti. Duit itu saya ‘rolling’ untuk kilang.

“Daripada 30 pekerja, tambah jadi 60 dan sekarang sudah 100 orang pekerja, semuanya anak tempatan Kelantan,” ujarnya.

Tambahnya, usaha tersebut juga lahir daripada keinginan membantu masyarakat di tempat kelahirannya termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak mampu berhijrah ke Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Khairul Aming mengakui kebiasaannya memilih untuk tidak melayan kecaman yang diterima, namun akan tampil memberi penjelasan sekiranya sesuatu perkara sudah menjurus kepada fitnah.

“Saya memang tak layan, tapi kalau benda itu dah menjurus ke arah fitnah, saya kena betulkan.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk beri inspirasi kepada anak muda.

“Kalau suatu hari nanti saya dah tak ada, sekurang-kurangnya saya boleh tinggalkan satu prinsip supaya mereka jangan mudah mengalah dengan kata-kata orang dan jaga etika dalam mencari rezeki,” katanya.

Sebelum ini, Khairul Aming turut meluahkan rasa terkilan selepas ada individu mengaitkan usaha perniagaannya dengan sentimen kapitalis.

Dia bagaimanapun menegaskan hasil sesebuah perniagaan bukan hanya dinikmati pemilik, sebaliknya turut memberi manfaat kepada pekerja, pembekal, vendor, penghantar, pelanggan selain menyumbang kepada cukai dan zakat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement