Sekilas
- Khairul Aming berkongsi kisah bagaimana dia berani hubungi Siti Nurhaliza untuk kolaborasi video masakan ketika lockdown tujuh tahun lalu.
- Siti Nurhaliza membalas mesejnya keesokan harinya dan setuju membantu tanpa sebarang bayaran atau balasan.
- Selepas tujuh tahun, Khairul Aming terharu menerima ucapan istimewa daripada Siti Nurhaliza ketika penyanyi itu melawat restorannya.
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa terharu apabila mengenang kembali momen awal dirinya cuba mendapatkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza untuk berkolaborasi dalam video masakannya sekitar tujuh tahun lalu.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA berkongsi kisah bagaimana dia pernah memberanikan diri menghantar mesej kepada pelantun lagu Kesilapanku Keegoanmu itu ketika negara sedang melalui tempoh lockdown.
Lebih menyentuh hati, Siti Nurhaliza dikatakan terus membalas mesej tersebut pada keesokan harinya dan bersetuju untuk membantu tanpa meminta sebarang bayaran atau balasan.
“Keesokkannya TokTi reply dan setuju nak tolong tanpa minta apa-apa. Masa tu rasa nak nangis sebab ikon negara sudi nak support kita yang baru nak bermula dekat rumah,” katanya.
Selepas tujuh tahun berlalu, KA mengakui dirinya sekali lagi tersentuh apabila menerima ucapan istimewa daripada penyanyi nombor satu negara itu secara bersemuka sewaktu Siti hadir ke restoran miliknya.
“7 tahun kemudian TokTi sendiri bagi wish ni dekat tangan semalam. Haaa terharu kita. Terima kasih TokTi,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perjalanan kerjaya Khairul Aming yang kini berjaya mencipta nama besar dalam dunia perniagaan dan media sosial.
“Kini kedua-duanya figura menjadi ikon.
“Suka tengok character development KA
“KA & Dato Siti - Mendoniaaa
“Tokti and her golden heart ❤️
Tahniah KA! Teruslah menginspirasi kami semua! 💪🏻
“No.1 jumpa no.1...wowwww
“Know² dh jdi public figure sama mcm Tokti,” komen netizen.