Skip to main content

Selebriti

“Masa Tun Mainkan Violin, Berderai Air Mata” – Hazwani Sebak, Kenang Lambaian Terakhir Tun Dr Hasmah

“Masa Tun Mainkan Violin, Berderai Air Mata” – Hazwani Sebak, Kenang Lambaian Terakhir Tun Dr Hasmah

Sekilas

  • Aktivis kemanusiaan Hazwani Helmi berkongsi kenangan terakhir bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
  • Hazwani sebak mengenang lambaian terakhir Tun Dr Hasmah dan air matanya mengalir ketika melihat Allahyarhamah bermain biola.
  • Kematian Tun Dr Hasmah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, dan mendapat perhatian ramai di platform media sosial.
Advertisement

Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi meluahkan rasa sebak selepas menerima perkhabaran mengenai pemergian Allahyarhamah YABhg. Tun Dr Hasmah Mohamad Ali pagi tadi.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Hazwani mengimbas kembali pertemuan terakhirnya bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah yang masih segar dalam ingatannya.

Advertisement

Lebih menyentuh hati apabila Hazwani mengatakan dia teringat akan lambaian terakhir Tun Dr Hasmah ketika berada di dalam kenderaan pada pertemuan tersebut.

“Allahuakbar.. Tun Dr Hasmah dah pergi tinggalkan kita semua. Teringat lambaian terakhir masa Tun dekat kereta haritu,” kongsinya.

Malah kata Hazwani, pada ketika itu dia sendiri tidak mengetahui mengapa perasaan begitu sebak sehingga menyebabkan air matanya mengalir saat melihat Allahyarhamah Tun Dr Hasmah bermain biola.

Advertisement

“Masa Tun mainkan violin, berderai air mata. Tak tau kenapa sebak. Rupanya itulah kali terakhir dapat melihat Tun Dr Hasmah.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumaghfirlaha warhamha wa’fiha wa’fu ‘anha,” coretnya.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement