Skip to main content

Hiburan

Masih Berbaju Pengantin, Erra Fazira Pilih Drive Sendiri Lepas Bersanding - “Saya Pening Kalau Orang Lain Yang…”

dfvd

Sekilas

  • Erra Fazira memilih untuk memandu sendiri selepas majlis persandingannya kerana mudah berasa pening jika orang lain yang memandu.
  • Pelakon dan penyanyi berusia 51 tahun itu berkata dia akan terus memandu sendiri selagi kesihatannya mengizinkan.
  • Perkongsian ini mendapat pujian netizen yang kagum dengan sikap berdikari dan kesederhanaan Erra walaupun baru sahaja berkahwin.

Gelagat pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, yang memilih untuk memandu sendiri kenderaan selepas selesai majlis persandingan berjaya mencuri perhatian ramai netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Story oleh pengurusnya, Sharendra Razak, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 51, dilihat berada di tempat pemandu sambil mengenakan busana persandingan, manakala pengurusnya duduk di bahagian penumpang hadapan.

Menjelaskan tindakannya itu, Erra berkata dia lebih selesa memandu sendiri berbanding duduk sebagai penumpang kerana mudah berasa pening sekiranya orang lain yang memandu.

“Saya pening kalau orang lain yang drive. Kalau saya duduk sebelah orang lain yang drive, mungkin itu sebab saya tak sihat atau pun pening kepala,” katanya.

Tambah Erra, selagi keadaan kesihatannya mengizinkan, dia tidak mempunyai masalah untuk memandu sendiri.

“Tapi selagi sihat, saya gagahi juga,” ujarnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi, dengan rata-rata netizen memuji sikap berdikari serta kesederhanaan selebriti berkenaan walaupun baru sahaja selesai diraikan sebagai pengantin baharu.

“Erra sejenis independent. Kat situ boleh nampak sedikit perangai dia.

“Minat sangat Erra, dia tak pernah sombong.

“Superwoman nya Erra,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Erra Fazira selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Ezwan Zain, di Kampung Melayu Subang dalam sebuah majlis bertemakan perkahwinan dalam taman dihadiri sekitar 200 tetamu.

Erra menerima mas kahwin berupa pokok ufti seberat 102 gram dengan 24 keping dinar emas, berserta sebentuk cincin Cartier dianggarkan bernilai RM80,000.

Must-Watch Video

Advertisement