Skip to main content

Hiburan

Masih Bergelut Dengan Kesedihan, Kilafairy Ambil Masa Lama Untuk Bersosial - "Saya Rasa Ia Hanyalah..."

Kilafairy

Sekilas

  • Kilafairy masih bergelut dengan kesedihan sejak pemergian ibu tercinta, Allahyarham Rohana Jalil, tiga tahun lalu.
  • Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk membuat keputusan menghadiri majlis kerana lebih selesa berada di rumah.
  • Pelakon itu menganggap perasaan sedih itu sebagai sebahagian daripada proses berkabung yang sedang dilaluinya.
Advertisement

Pelakon Kilafairy mengakui dia masih bergelut dengan perasaan sedih sejak pemergian ibu tercinta iaitu Allahyarham Rohana Jalil pada tiga tahun lalu.

 

Advertisement

Menerusi Hantaran di Threads, Kilafairy mendedahkan dia memerlukan masa yang lama untuk membuat keputusan sebelum menghadiri sebarang majlis atau acara kerana lebih selesa berada di rumah.

 

“Jika anda melihat saya di sesuatu acara, ketahuilah bahawa saya mengambil masa berbulan-bulan untuk memutuskan sama ada saya harus pergi atau tidak.

 

“Ia juga memerlukan seluruh kampung untuk meyakinkan saya untuk meninggalkan rumah dan benar-benar muncul,” kongsinya.

 

Menurut Kilafairy, perasaan itu masih berkait rapat dengan proses berkabung yang dilaluinya selepas kehilangan insan paling disayangi.

 

Mengulas lanjut, pelakon itu mengakui dirinya masih berada dalam fasa kesedihan meskipun sudah tiga tahun berlalu sejak pemergian Allahyarham Rohana Jalil yang juga seorang penyanyi. 

 

“Adakah ini kesedihan? Ya… Saya rasa ia hanyalah sebahagian daripada perjalanan berkabung saya,” ujarnya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement