Skip to main content

Hiburan

Masih Beri 'Muka', Liza Hanim Bakal Ambil Tindakan Jika Enggan Bertindak - "Be A Man..."

Liza Hanim

Penyanyi, Liza Hanim mengakui dirinya kini dalam keadaan bertenang selepas membuat laporan polis susulan isu anaknya, Marsya Qistina terlibat dalam isu buli siber. 

Menurut Liza, meskipun individu tersebut sudah membuat permohonan maaf namun dia tetap mahu berjumpa denganya. 

“Sekarang ini sebenarnya saya dalam tempoh bertenang, kebetulan pada ketika saya buat report polis sehari sebelum Ramadan. Dia dah buat permohonan maaf tapi syarat saya adalah datang berjumpa dengan saya.

"Sebab kalau anda berani berkata sedemikian maka be a man, dan kalau awak dah minta maaf maknanya awak mengakui kesilapan awak cuma datang berjumpa dengan saya, sebab itu syarat saya. Kalau tidak memang saya akan bawa ke peringkat seterusnya,” katanya kepada Gempak.

Liza menjelaskan, ini bukan kali pertama dia  atau Marsya menjadi sasaran kecaman netizen. 

Namun, keadaan kali ini berbeza apabila Marsya berada dalam keadaan emosi yang kurang stabil selepas kehilangan rakan baik akibat kanser.

“Ini bukan kes pertama saya, untuk Marsya pun sebelum ini banyak je tapi kita macam tepis sahaja. Untuk saya dengan individu ini pun dah banyak juga dia buat, kita abaikan sahaja. Kebetulan pula Marsya sedikit emosi pada ketika itu kerana baru kehilangan kawan baik dia sebab kanser.

“Jadi saya mana boleh sebagai ibu lihat anak kita kena macam tu, jadi saya kena bersuara untuk anak saya,” tambahnya.

Dalam masa sama, Liza menegaskan tindakannya bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi sebagai mesej kepada masyarakat bahawa undang-undang sedia ada boleh digunakan untuk melindungi diri daripada buli siber.

“Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya rasa apa saya buat ini seperti mewakili mereka yang berada dalam industri dan pengguna media sosial. Kita nak cakap yang kita ada akta yang wujud untuk melindungi kita. Jadi kenapa tak guna.

"Sama ada kita berjaya atau tidak that is a different story tapi kita sebagai pengguna sosial media ada akta tu untuk digunakan. If you feel that you teraniaya, dianiaya, you rasa you kena body shame, you kena cyber bully, use it. 

“Saya tak tahu apa pengakhirannya, tapi untuk saya right now memang tengah tempoh bertenang. Saya nak bagi peluang dia datang jumpa. Tapi kalau dia masih tidak berjumpa kita akan make our next step,” ujarnya tegas.

Sementara itu, Marsya mengakui pada awalnya dia kurang bersetuju dengan tindakan ibunya yang mahu membawa isu itu ke pihak berkuasa.

Bagaimanapun, dia akhirnya memahami tindakan tersebut kerana terdapat undang-undang mengenai buli siber maka ia wajar digunakan.

“Awalnya saya tidak bersetuju dengan tindakan mama, sebab kenapa nak besarkan isu ini. Tapi mama cakap sudah lama dia diamkan diri bila kena dekat dia. Tapi bila perkara itu terjadi kepada saya, saya rasa kalau parents lain pun mungkin akan buat perkara yang sama.

“Kalau dah ada akta yang mengatakan boleh report polis ke apa benda, boleh saman dan sebagainya then why not we use that as our right juga? Macam Mama cakap kita nak kena ajar orang-orang di luar sana, whatever you say, ada consequences,” ujarnya.

Terdahulu, Liza meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang didakwa cuba mengeruhkan hubungan anaknya dengan peserta program Talk To My Manager (TTMM) lain dengan membandingkan rezeki masing-masing.

Ibu kepada lima cahaya mata itu turut terkilan apabila Marsya menjadi sasaran kutukan, selain didakwa kurang menyerlah walaupun pernah memenangi pertandingan program realiti.

Luahan itu dibuat susulan kenyataan Marsya di media sosial yang membalas kecaman netizen dengan menjelaskan fokusnya kini lebih terarah kepada pelajaran.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan mengundang pelbagai reaksi dan terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Tindakan Liza membuat laporan polis dilihat sebagai langkah tegas bagi menghentikan budaya kecaman siber serta mempertahankan maruah anaknya.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Must-Watch Video

Advertisement