Skip to main content

Hiburan

Masih Berlumba Hingga Kini, Irfan Zaini Kagum Dengan Karamjit Singh

Karamjit Singh

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini kagum dengan semangat legenda rali negara, Karamjit Singh, yang masih aktif berlumba dan menang sehingga kini.
  • Irfan menjalani latihan tiga bulan untuk membawakan watak Karamjit dalam filem biopik Terbang yang menggabungkan elemen perlumbaan, cinta, dan pengorbanan.
  • Filem Terbang mengangkat kisah perjuangan Karamjit dan akan ditayangkan tidak lama lagi dengan barisan pelakon hebat seperti Jack Tan dan Zizan Razak.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini meluahkan rasa kagum semangat legenda sukan rali negara, Karamjit Singh, yang masih aktif berlumba dan meraih kemenangan sehingga hari ini.

Menurut Irfan, dia sendiri tidak mengetahui bahawa juara rali negara itu masih lagi menyertai pertandingan sehinggalah menerima tawaran untuk berlakon dalam filem terbaharu lakonannya yang berjudul Terbang.

Advertisement

Justeru, Irfan berharap agar filem biopik lakonannya ini dapat membuka mata masyarakat mengenai kehebatan seorang Karamjit Singh.

“Dia seorang juara rali. Saya rasa malulah bila saya dapat tahu perkara itu.

“Saya rasa ramai orang pun akan rasa benda yang sama. Jadi saya kena bawa watak ini kepada penonton, terutama Gen Z yang mungkin tak kenal wira ini.

“Sebab sampai sekarang dia masih berlumba. Bulan lepas pun dia ada berlumba dan menang juga.

“Tapi tak ada media yang cover, tak ada berita mengenainya. Jadi saya harap filem ini dapat membuka ruang dan memberi dia penghargaan yang memang patut dia dapat,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Irfan mengakui dia pada awalnya berasa gentar menerima tawaran membintangi filem berkenaan memandangkan dia tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam sukan rali.

Malah, dia sanggup menjalani latihan selama tiga bulan demi memastikan watak tersebut dapat dibawakan dengan sebaik mungkin.

“Saya memang takut sebab saya tak reti rally driving. Ini bukan macam bawa kereta biasa atau buat stunt. Pengarah pula sangat serius. Ada dua tiga babak yang boleh guna stunt double, tapi kebanyakannya saya sendiri yang kena bawa kereta.

“Saya cakap dengan pengarah, kalau lepas latihan pun abang rasa saya tak sesuai, tak apa. Sebab saya tak nak rosakkan watak yang sangat bagus ini.

“Alhamdulillah, pengarah berpuas hati dengan prestasi saya,” ujarnya.

Tambah Irfan, filem Terbang bukan sekadar memaparkan aksi perlumbaan, sebaliknya turut menyelitkan elemen cinta, pengorbanan dan kekeluargaan bagi menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

“Kita nak berikan filem yang menarik dan dalam masa yang sama bagi info mengenai Karamjit Singh. Jadi kita adalah ubah-ubah sedikit untuk jadikan watak kita itu menarik.

“Filem ini sangat menarik sebab ada elemen drama, ada cinta, kecewa dan pengorbanan. Dia bukan pasal perlumbaan semata-mata,” ujarnya.

Selepas lebih 20 tahun, perjalanan luar biasa pelumba legenda itu kembali mendapat perhatian apabila diangkat ke layar perak menerusi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan.

Filem tersebut bukan sekadar mengangkat kisah seorang pelumba, sebaliknya mengetengahkan semangat juang, pengorbanan dan keberanian anak Malaysia yang berjaya membuktikan bahawa kejayaan di pentas dunia mampu dicapai walaupun berdepan pelbagai kekangan.

Filem yang akan temui penonton di pawagam tidak lama lagi ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement