Nama pempengaruh Azizah Salsha masih menjadi bualan selepas bercerai dengan pemain bola Indonesia, Pratama Arhan.
Terkini, wanita berusia 22 tahun itu dikecam oleh segelintir pengguna media sosial selepas dilihat menghabiskan masa bersama lelaki yang pernah menjadi skandalnya sewaktu masih bergelar isteri Pratama iaitu Nadif Zahiruddin.
Advertisement
Menerusi foto dan video yang tersebar, wanita itu dilihat sedang bermain padel sambil Nadif menjadi ‘penonton’ di kerusi hadapan sambil merakamkan aksi Azizah dengan aktiviti sukan yang sedang popular itu.
Aksi itu membuat peminat berasa tidak pantas lantara Azizah masih berada dalam iddah. Azizah sendiri belum sebulan bergelar janda dan foto kemesraannya bersama Nadif sudah mula tersebar di internet, lapor Insertlive.
Diketahui, masa iddah untuk seorang wanita yang bercerai dengan suaminya adalah tiga kali suci (jika haid) atau 90 hari (jika tidak haid/hamil sehingga melahirkan).
Malah sewaktu iddah, wanita yang bercerai tidak boleh menikah lagi atau menerima lamaran seseorang.
Ada peminat yang mengecam Azizah dengan mengatakan masih terlalu awal untuk dia mempamerkan kemesraan bersama lelaki lain seperti Nadif yang pernah membuat rumah tangga bersama Pratama goyah.
Azizah dan Pratama bercerai pada 29 September 2025 selepas berkahwin pada Ogos 2023 di Jepun.