Skip to main content

Hiburan

Masih Hantar Mesej Kepada Arwah Anak, Amyza Aznan Tak Kisah Dianggap ‘Gila’ - “Saya Akan Terus…”

Jelas Amyza, meskipun menyedari tidak akan ada balasan yang akan diterima namun perbuatan itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu buatnya.

Sekilas

  • Amyza Aznan masih menghantar mesej kepada nombor telefon arwah anaknya, Andre Mikhail, sebagai cara meluahkan rindu walaupun tahu tiada balasan akan diterima.
  • Dia tidak kisah jika ada yang menganggap tindakannya itu tidak waras kerana ia menjadi penawar rindu dan ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama.
  • Andre Mikhail meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap tiga pada Februari lalu, manakala anak keduanya pula sedang diuji dengan kanser tulang.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti, Amyza Aznan, mengakui sehingga kini dia masih menghantar pesanan ringkas ke nombor telefon arwah anaknya, Andre Mikhail.

Jelas Amyza, meskipun menyedari tidak akan ada balasan yang akan diterima namun perbuatan itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu buatnya.

Advertisement

"Sampai sekarang saya masih mesej dia.

“Saya akan terus mesej dia meskipun satu tick. Sebab saya tahu walaupun sekarang double tick tiada siapa akan jawab. Tapi saya baik saja sebab itu sahaja cara saya luahkan rasa rindu," katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, Amyza akui tidak kisah jika ada pihak menganggap perbuatannya itu sebagai satu tindakan yang tidak waras.

"Itu sahaja menjadi penawar rindu. Saya tahu tak akan ada orang jawab tapi tak apalah. Tak kisah pun orang nak cakap saya gila ke apa, saya tak kisah," ujarnya lagi.

Menurut Amyza lagi, dia bukan satu-satunya individu yang melakukan perkara sedemikian.

Katanya, selepas berkongsi mengenai perkara itu di media sosial, ramai netizen tampil mengakui mereka turut menghantar mesej kepada insan tersayang yang telah meninggal dunia.

"Saya tahu bukan saya seorang saja buat macam tu. Kalau saya post ramai yang cakap mereka juga buat benda yang sama untuk mesej arwah suami, ibu bapa dan anak.

"Sesiapa yang rasa kehilangan pasti akan buat benda yang sama," tambahnya.

Terdahulu, Amyza Aznan menyorot perhatian apabila meluahkan rasa rindu yang teramat sangat terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar.


Sekadar info, Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak Februari tahun lalu.

Dalam masa sama, Amyza turut diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam Kharil Izhar, disahkan menghidap kanser tulang pada awal Februari lalu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement