Skip to main content

Hiburan

Masih Ingat Momen Tun Mahathir Hadir Ke Konsert 2007, 3Diva Harap Dapat Ulang Kenangan Sama November Ini

Masih Ingat Momen Tun Mahathir Hadir Ke Konsert 2007, 3Diva Harap Dapat Ulang Kenangan Sama November Ini

Sekilas

  • Tiga diva Indonesia, Krisdayanti, Titi DJ dan Ruth Sahanaya, masih mengingati kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada konsert mereka di Malaysia sekitar 2007 sebagai memori berharga.
  • Tun Mahathir bukan sahaja hadir menonton, malah sempat berfoto bersama mereka di belakang tabir dan memuji persembahan mereka seperti konsert di Las Vegas.
  • Konsert 3Diva Live in Malaysia Timeless akan diadakan pada 22 November di Unifi Arena, Kuala Lumpur, dengan jemputan rasmi akan dihantar kepada Tun Mahathir untuk memeriahkan acara tersebut.
Advertisement

Hampir dua dekad berlalu, tiga diva Indonesia, Krisdayanti, Titi DJ dan Ruth Sahanaya masih mengingati kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada konsert mereka di Malaysia sekitar 2007.

Mengimbau kembali detik tersebut, Krisdayanti berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri itu menjadi antara memori paling berharga buat 3Diva sepanjang perjalanan seni mereka.

Advertisement

“Syukur-syukur jika Tun Mahathir berkesempatan datang nanti. Itulah memori yang paling kami ingat.

“Bayangkan, 20 tahun lalu beliau bukan sahaja hadir menonton, malah sudi datang ke belakang tabir untuk berfoto bersama. Itu satu pencapaian sangat besar buat 3Diva,” katanya ketika ditemui media Malaysia di Jakarta, baru-baru ini.

Ruth pula masih mengingati pujian yang diberikan Tun Mahathir selepas menyaksikan persembahan mereka ketika itu.

“Kami dengar berita Tun Mahathir sempat berucap dan memuji persembahan kami. Kata beliau, ‘Wah, luar biasa! Seperti konsert di Las Vegas’.

“Apabila melihat dari atas pentas, kami nampak beliau sangat menikmati persembahan itu dan tersenyum sepanjang waktu,” katanya.

Manakala, Titi DJ pula menyifatkan penghargaan yang diberikan Tun Mahathir ketika itu cukup luar biasa meskipun berkemungkinan tidak begitu mengenali lagu-lagu 3Diva.

“Mungkin beliau tidak tahu lagu-lagu kami, tetapi apresiasi yang diberikan sangat luar biasa,” katanya dengan nada seloroh.

Sementara itu, Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn. Bhd., Audrey Wan Yuen Theng berkata, pihaknya akan menghantar jemputan rasmi kepada Tun Mahathir dengan harapan dapat menghidupkan kembali nostalgia konsert 3Diva terdahulu.

“Memang ada tekanan, tetapi kami mahu membangkitkan semula memori 20 tahun lalu. Kami tahu ramai artis tempatan dan tokoh seperti Tun Mahathir meminati mereka.

“Kami akan menghantar jemputan rasmi kepada Tun Mahathir dengan harapan beliau dapat hadir memeriahkan malam tersebut,” ujarnya.

Konsert 3Diva Live in Malaysia Timeless bakal berlangsung di Unifi Arena, Kuala Lumpur pada 22 November depan dengan beberapa kejutan turut dirancang termasuk kemungkinan penampilan artis lain.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement