Skip to main content

Hiburan

Masih Kekal! Tiada Istilah Sabronzo Akan Keluar Dari Dolla

Sabronzo

Sejak mendirikan rumah tangga, status penyanyi, Sabronzo bersama kumpulannya, Dolla mula menjadi teka-teki netizen dan juga peminat. 



Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, mengesahkan bahawa Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli tetap kekal menjadi ahli kumpulan Dolla. 

Advertisement



“Sebenarnya tidak kacau pun kalau sesiapa kahwin, sebab Dolla itu sudah satu jenama. Walaupun mereka dah berkahwin mereka tetap Dolla. Tiada istilah keluar atau kena buang daripada kumpulan. 



“Apa-apa pun tunggu album baharu mereka dan konsert mereka nanti,” katanya. 



Dalam pada itu, sumber turut menegaskan bahawa perkahwinan Sabronzo itu tidak akan menjejaskan kedudukan mereka dalam industri muzik. 



Malah kumpulan yang dianggotai oleh Tabby, Angel dan Sabronzo itu sedia memberikan komitmen terbaik mereka dalam mengangkat nama Dolla. 



“Tidak menjadi kerisauan pun kalau mereka berkahwin, mereka sendiri tahu komitmen mereka dengan Dolla, jadi tak perlu risau,” tambahnya. 



Terdahulu, penyanyi, Sabronzo akhirnya mengesahkan bahawa dia sudah bergelar isteri kepada DJ popular antarabangsa, Ryan Fieret atau lebih dikenali sebagai Dash Berlin. 

 

Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa foto di akaun instagram miliknya pada Isnin. 

 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai majlis tersebut dikongsikan. 

Must-Watch Video

Advertisement