Sekilas
- Pelawak Amir Raja Lawak memohon sokongan orang ramai untuk terus membeli ayam goreng di kedainya di Medan Selera Stadium Kota Bharu bagi memastikan pembayaran gaji pekerja terjaga.
- Amir kini kurang sihat dan tidak dapat membuat promosi secara langsung, namun kedainya tetap beroperasi setiap hari seperti biasa.
- Keadaan kesihatan Amir dilaporkan stabil dan beliau berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta mengambil berat tentang dirinya.
Pelawak, Amir Raja Lawak memohon jasa baik orang ramai untuk terus memberikan sokongan terhadap perniagaan ayam goreng miliknya yang terletak di Medan Selera Stadium Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Amir memaklumkan kedai tersebut masih beroperasi seperti biasa setiap hari meskipun dia kini berada dalam keadaan kurang sihat.
Menurut Amir, sokongan orang ramai dengan membeli makanan di gerainya sedikit sebanyak dapat membantu memastikan kebajikan pekerja, terutamanya pembayaran gaji mereka terus terjaga.
“Terima kasih yang mendoakan. Kepada yang berada di Kota Bharu, tolonglah singgah dan sokong kedai ayam goreng saya di Medan Selera Stadium Kota Bharu sebab kedai buka setiap hari.
“Kalau awak semua datang beli, boleh setel bayar gaji pekerja. Kedai tak boleh tutup. Kalau kedai tutup, gaji staf tak jalan.
“Kesian dekat staf nanti. Singgahlah beli ayam goreng. Kalau saya sihat, bolehlah saya promosi buat siaran langsung (live).
“Terima kasih yang mana mendoakan, kepada yang mana ada di kota bharu tolonglah singgah dan support kedai ayam goreng saya di medan selera stadium Kota Bharu sebab kedai buka je tiap hari.
“Kalau awak semua datang beli boleh setel bayar gaji pekerja. Kedai tak boleh tutup. Kalau kedai tutup, gaji staff tak jalan.
“Kesian dekat staff nanti. Singgahlah beli ayam goreng. Kalau saya sihat bolehlah saya promote buat live,” maklumnya.

Dalam hantaran yang sama, Amir juga turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai keadaannya dan menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kasih kepada yang ambil berat dan mendoakan. Jaga diri, jaga kesihatan semua,” coretnya.
Untuk info, Amir sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kelantan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Bagaimanapun pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, keadaan kesihatan Amir ketika ini dilaporkan stabil dan tidak ditidurkan seperti khabar angin yang tular di media sosial.