Skip to main content

Hiburan

Masih Lagi Menyendiri, Jackson Wang Kadang-Kadang 'Puaskan Diri Sendiri' - "Saya Settle Sendiri..."

Jackson Wang

Penyanyi antarabangsa, Jakson Wang mencuri tumpuan selepas membuat satu pengakuan jujur di sebuah program ulang tahun TVB, Star Trail: Jackson Wang Special.

Ketika ditemu ramah bersama pengacara Maria Leitao, ahli kumplan GOT7 itu mendedahkan dia perlu 'memuaskan' diri sendiri kerana sudah lama membujang.

Segalanya bermula apabila Maria bertanya tentang kehidupan cintanya yang sunyi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Jackson menjelaskan bahawa dia ada mengenali beberapa individu tetapi tiada yang benar-benar serius.

“Orang datang dan pergi. Kadang-kadang macam tu. Selalunya… saya settle sendiri, saya manusia juga. Normal ada keperluan asas," katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu LMLY itu juga mengakui dia tidak mempunyai sebarang standard dalam memilih pasangan.

Baginya apa yang penting adalah keserasiaan dirinya bersama pasangan.

“Saya tak ada standard. Asalkan anda manusia, itu pun dah cukup. Yang penting kita serasi, benda macam ni tak boleh dinilai dengan standard," tambahnya.                   

Must-Watch Video

Advertisement