Skip to main content

Hiburan

Masih Solo Hingga Kini, Daiyan Trisha Akui Tak Gopoh Cari Jodoh

Daiyan Trisha

Sekilas

  • Daiyan Trisha kini gembira dengan kehidupannya walaupun belum bertemu pasangan hidup dan tidak merasa tertekan mengenainya.
  • Dia memilih untuk bersyukur dengan rezeki yang diterima dan tidak mahu menjalinkan hubungan hanya untuk memenuhi pandangan orang sekeliling.
  • Daiyan menegaskan hubungan harus serius dengan matlamat berkahwin, dan dia lebih suka fokus pada kerjaya dan kehidupan sendiri jika belum bertemu jodoh.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengakui dirinya tidak berasa tertekan meskipun masih belum dipertemukan dengan pasangan hidup.

Menurut Daiyan, dia kini berada dalam fasa kehidupan yang bahagia ditambah pula dengan rezeki kerjaya yang tidak pernah putus.

Advertisement

“Saya tak letak pressure kepada diri saya. Saya sebenarnya sangat gembira dengan kehidupan sekarang walaupun tak ada pasangan.

“Saya memang macam ni. Tak ada pun rasa macam bila bangun tidur, ‘Ehm, saya nak ada kekasih.’ Tak ada pun,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Daiyan memilih untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang dan tidak melihat ketiadaan pasangan sebagai sesuatu yang mengganggu emosi atau kehidupannya.

“Saya rasa memang Allah dah bagi sangat banyak benda jadi saya bersyukur sangat.

“Jadi kalau rasa macam tiba-tiba semua benda, rasa macam tamak. Tapi kita tahu Allahi tu Maha Memberi, cuma bagi saya kalau tak ada buat masa sekarang, saya okey dan terima je,” ujarnya.

Tambah pelantun Haru Biru itu, dia juga tidak mahu menjalinkan hubungan sekadar untuk memenuhi pandangan orang sekeliling.

Ujar Daiyan, dia lebih melihat hubungan sebagai sesuatu yang serius dengan matlamat untuk mendirikan rumah tangga.

“Seeloknya kita tak berada dalam hubungan daripada kita berada dalam hubungan yang bukan terbaik untuk kita.

“Sebab kalau boleh memang saya dah umur macam ni, memang kita jumpa orang ataupun dating untuk berkahwin. Jadi kalau saya tak jumpa lagi, buat apa saya nak keluar dan sebagainya?

“Rasa macam tak payahlah. Tak serius, tak payah. Baik saya duduk rumah, buat banyak lagu, belajar masak ke,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu potongan video memaparkan Daiyan memaklumkan dia pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki namun hubungan itu tidak berkekalan atas faktor beza agama.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement