Skip to main content

Selebriti

Masih Terlibat Penggambaran Bittersweet Destiny, Bintang Taiwan, Wang Kai Ditemui Maut

Bintang Taiwan maut

Sekilas

  • Pelakon Taiwan, Wang Kai, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Taipei pada usia 43 tahun, sehari selepas terlibat dalam penggambaran drama Bittersweet Destiny.
  • Pihak berkuasa mengesahkan tiada kecederaan luaran atau tanda rumah dipecah masuk, namun punca kematian masih dalam siasatan.
  • Wang Kai memulakan karier lakonan sejak 2001 dan terkenal melalui beberapa drama popular, dengan produksi Bittersweet Destiny mengucapkan takziah serta akan membantu urusan pengebumian.
Advertisement

Pelakon Taiwan, Wang Kai atau nama sebenarnya Wang Chien-lung, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Da'an District, Taipei, Taiwan, pada Ahad lalu.

Ironi, sehari sebelum ditemui meninggal dunia, Kai masih terlibat dengan penggambaran drama bersiri popular, Bittersweet Destiny.

Advertisement

Bintang yang memegang watak Xu Jinghan, Pengurus Besar Asia bagi Seasons Global Group dalam drama bersiri itu meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Menurut Focus Taiwan, pihak berkuasa tempatan menerima laporan mengenai kematian di sebuah kediaman sebelum menemui Kai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Hasil siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran atau tanda-tanda rumah dipecah masuk, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

Stesen televisyen Sanlih E-Television (SET) kemudiannya mengesahkan berita pemergian aktor itu selepas dimaklumkan oleh ejen.

Dalam kenyataannya, SET memaklumkan Kai ketika itu sedang menjalani penggambaran drama Bittersweet Destiny dan pihak produksi menerima berita duka tersebut sebelum sesi penggambaran yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.

Pasukan produksi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, berterima kasih atas sumbangan sepanjang pembikinan drama berkenaan serta memaklumkan mereka akan membantu menguruskan urusan pengebumian Kai.

Memulakan karier lakonannya pada tahun 2001 menerusi drama Lavender, Kai juga telah membintangi pelbagai drama popular termasuk Fighting Meiling, Songs And The City, Billionaire Story dan Breeze In The Love River, sekali gus mengukuhkan namanya dalam industri hiburan Taiwan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement