Skip to main content

Filem

Masuk Wayang Kental, Keluar Wayang Nangis… Penonton ‘Muka Gengster’ Pun Tewas Dengan Abah Saya Uncle Mike

abah saya uncle mike

Filem terbaru terbitan Astro Shaw, Abah Saya Uncle Mike nampaknya berjaya menyentuh hati penonton apabila ramai meluahkan rasa terharu dan sebak selepas menontonnya di pawagam.

Menerusi beberapa hantaran pengguna di media sosial, rata-rata penonton mengakui bahawa naskhah itu mampu menyentuh jiwa mereka. 

Advertisement

“Malu to admit. But walaupun muka gengster, Abah Saya Uncle Mike ni memang best dan heartfelt. Lekaih pi layan kat wayang!

“Sedih gila movie Abah Saya Uncle Mike, baru je habis tengok tadi dekat wayang. Air mata memang tak berhenti mengalir,” komen beberapa pengguna.

Ada juga yang menyifatkan filem itu penuh kejutan kerana membuatkan mereka pulang dengan emosi bercampur-baur.

“Masuk wayang gembira, keluar wayang sedih. Abah Saya Uncle Mike punya penangan,” kata seorang lagi penonton.

Bukan itu sahaja, lakonan para pelakon yang membawakan kisah benar itu juga dipuji habis-habisan.

“Abah Saya Uncle Mike is sooooo good. Tepuk tangan aku lepas habis tadi. Kalau tengok movie ni lepas dengar mana-mana IV Uncle Mike, semua pelakon berjaya bawak apa yang Uncle Mike ni cerita. Hampir-hampir bergenang lah air mata jantanku,” tulis seorang lagi.

Lucunya, ada juga penonton yang berkongsi momen menghiburkan walaupun tetap berakhir dengan air mata.

“Semalam Ips makan sukiya tengok Abah Saya Uncle Mike, kemain ngantuk sebab kenyang. Noh keluar-keluar hall menangis,” tulis seorang pengguna media sosial.

Untuk info, dalam naskhah bergenre drama yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 28 Ogos ini, Andy Teh memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu Melayu iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.

Filem ini diangkat daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong yang membesarkan tiga anak yatim piatu Melayu sejak kecil, lengkap dengan bimbingan rohani dan penghormatan kepada agama Islam.

Dedikasi Uncle Mike turut mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas jasa serta pengorbanannya.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. itu mengetengahkan tema kekeluargaan dan semangat perpaduan dengan mesej bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal warna kulit atau darah daging.

Menampilkan pelakon Andy Teh bersama gandingan muda berbakat besar seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, Abah Saya Uncle Mike turut menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis bagi mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sinopsis:

Rafie, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh penderaan bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan lebih baik. Namun, apabila mereka dipisahkan, Rafie diselamatkan oleh seorang lelaki Cina baik hati bernama Uncle Mike. Dalam usahanya menyatukan kembali keluarga, ketiga-tiga beradik itu akhirnya sedar makna sebenar sebuah keluarga – bahawa Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah.

 

Must-Watch Video