Sekilas
- Syatilla Melvin mengurangkan aktiviti siaran langsung di TikTok untuk memberi ruang menikmati masa berkualiti.
- Perubahan ini membuatkan Syatilla rasa lebih tenang, bahagia, dan masa seharian terasa lebih lapang.
- Wargamaya memberi reaksi positif dan setuju masa bersama keluarga lebih bermakna daripada sibuk di media sosial.
Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia sememangnya sengaja mengurangkan aktiviti siaran langsung (live) di TikTok sejak kebelakangan ini.
Menurut Syatillah, bukan kerana keletihan, sebaliknya demi memberi ruang kepada diri sendiri menikmati masa yang lebih berkualiti.
Menerusi perkongsian di Threads, isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu mengakui perubahan tersebut membuatkan dirinya berasa lebih tenang dan bahagia, selain merasakan masa seharian berlalu dengan lebih lapang.
“Sejak kebelakangan ini, Tilla sengaja kurangkan live berniaga dekat TikTok. Bukan sebab malas, tapi saja.
“MasyaAllah rasa bahagia sangat. Tak tahu la benda ini positif atau negatif, tapi rasa macam masa itu lebih panjang dan loose saja,” tulisnya.
Perkongsian Syatilla itu menerima pelbagai reaksi positif daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju mengurangkan masa di media sosial mampu memberi kesan baik terhadap keseimbangan hidup.
Malah, ramai berpendapat peluang meluangkan masa bersama keluarga jauh lebih bermakna berbanding kesibukan mengejar rutin harian dalam talian.
Sumber - Threads