Skip to main content

Kecantikan

Mata Berair Bukan Sebab Kecewa Tak Menang, Sapphire Wong Gembira Raih Tempat Kedua Miss Universe Malaysia 2026

Mata Berair Bukan Sebab Kecewa Tak Menang, Sapphire Wong Gembira Raih Tempat Kedua Miss Universe Malaysia 2026

Sekilas

  • Sapphire Wong, naib juara Miss Universe Malaysia 2026, menjelaskan matanya berair bukan kerana kecewa tetapi disebabkan sesuatu yang masuk ke dalam mata.
  • Beliau sangat berpuas hati dengan keputusan pertandingan dan menghargai pengalaman serta persahabatan yang terjalin sepanjang pertandingan.
  • Eunice Wong dari Johor Bahru dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 dan akan mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe di Puerto Rico bulan hadapan.
Advertisement

Naib juara Miss Universe Malaysia 2026, Sapphire Wong menjelaskan keadaan matanya yang kelihatan berair bukan disebabkan rasa kecewa selepas gagal meraih gelaran utama pertandingan ratu cantik berkenaan.

Sebaliknya, Sapphire berkata, terdapat sesuatu yang masuk ke dalam matanya sehingga menyebabkan keadaan tersebut disalah anggap sebagai tangisan.

Advertisement

“Ini bukan tangisan kerana kecewa. Ada sesuatu masuk ke dalam mata saya. Tetapi saya okey,” katanya pada sidang media Miss Universe Malaysia 2026 baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sapphire menegaskan dirinya sangat berpuas hati dengan keputusan pertandingan dan menerima hasil penjurian dengan hati terbuka.

“Saya benar-benar gembira dengan keputusan malam ini.

“Saya percaya kepada pihak penganjur dan semua juri yang telah menjayakan pertandingan ini.

Advertisement

“Saya sangat gembira untuk semua rakan seperjuangan saya.

“Untuk melihat rakan serumah saya berkongsi detik ini bersama-sama, ia sangat bermakna,” ujarnya.

Walaupun tidak membawa pulang mahkota utama, Sapphire tetap menghargai pengalaman dan hubungan persahabatan yang terjalin sepanjang menyertai Miss Universe Malaysia 2026.

Untuk info, ahli perniagaan dari Johor Bahru, Eunice Wong mengenepikan 12 peserta lain untuk dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 dan bakal membawa nama negara untuk pertandingan ratu cantik itu di Puerto Rico bulan hadapan.

Jelitawan berusia 37 tahun sekaligus menerima mahkota terbaharu daripada organisasi Miss Universe Malaysia, ‘Star of the East’ daripada Pengarah Kebangsaan, Ayu Omar.

Kedudukan naib juara pula menjadi milik Sapphire Wong dari Sarawak, manakala Amreet Kaur pula di kedudukan ketiga. Bekas atlet negara, Emanuelle Mah melengkapkan senarai Top 4 di tempat keempat.

Pelakon aksi Sandra Lim sebelum ini melakar sejarah negara apabila menjadi wakil Malaysia pertama dalam tempoh 54 tahun melayakkan diri ke kelompok 30 terbaik daripada 125 peserta pada pertandingan Miss Universe 2024 di Mexico City, Mexico.

Anda mungkin berminat dengan

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

Must Watch Video

Advertisement