Skip to main content

Hiburan

Mawi Dedah 5 Jam Berborak Sebelum Pelawa Syamsul Yusof ‘Join’ Konsert - “Dia Memang Susah Nak Keluar Tapi…”

Mawi Dedah 5 Jam Berborak Sebelum Pelawa Syamsul Yusof ‘Join’ Konsert - “Dia Memang Susah Nak Keluar Tapi…”

Sekilas

  • Mawi meluangkan hampir lima jam berbual dengan Syamsul Yusof sebelum berjaya mengajaknya membuat persembahan bersama dalam konsert The Journey Of ‘Mawi World’ pada 8 November lalu.
  • Syamsul yang jarang muncul di khalayak ramai terus bersetuju menyertai konsert tersebut selepas perbualan panjang mereka, dan turut disokong oleh kehadiran keluarga Syamsul.
  • Mawi berkongsi kisah persahabatan mereka yang rapat, termasuk momen Syamsul membantu merawatnya ketika sakit dengan rukyah dan doa, menunjukkan ikatan kuat antara mereka.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia, Mawi mendedahkan dirinya mengambil masa hampir lima jam berborak bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof sebelum mempelawanya untuk membuat persembahan bersama menerusi konsert The Journey Of ‘Mawi World’ yang berlangsung 8 November lalu.

Menurut Mawi, meskipun dia dan Syamsul sudah lama bersahabat, namun mengakui agak sukar untuk bertemu dengan pengarah filem Munafik yang jarang muncul di khalayak ramai itu.

Advertisement

Mawi berkata, pelawaan untuk menjayakan konsert bersama itu dibuat ketika mereka sedang rancak berbual selepas sekian lama tidak berjumpa.

“Dia memang susah nak keluar. Tapi, Alhamdulillah dia dapat bersama saya (di konsert).

“Saya tak adalah pujuk tetapi mungkin sebab kami dah lama tak berjumpa. Saya berborak dengan dia selama lima jam, daripada pukul 12 tengah malam sampai pukul 5 pagi.

Advertisement

“Macam-macam perkara kami borakkan. Cerita mengenai konsert itu pun hanya keluar sekitar pukul 4.45 pagi, dah hujung-hujung perbualan.

“Tapi dia terus setuju. Dia kata, ‘Boleh Mawi’. Saya bersyukur sangat,” katanya kepada Gempak.

Mawi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai konsert minggu kedua GVF bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Mawi menzahirkan kata penghargaan buat Syamsul yang sudi menyumbangkan suaranya untuk menyanyikan lagu nyanyian mereka sewaktu konsert berlangsung.

“Alhamdulillah saya seronok. Ibu dan keluarga dia turut hadir menonton konsert.

“Terima kasih, Syamsul,” tambahnya.

Berkongsi mengenai persahabatan mereka, Mawi mengimbau kembali momen ketika Syamsul membantu merawatnya ketika mendapatkan rawatan di hospital satu ketika dahulu.

“Saya baik dan rapat dengan dia. Ada cerita disebalik persahabatan kami. Dulu saya pernah sakit dan dialah yang datang merawat saya.

“Perkara itu membuatkan saya rasa yang Syamsul ini dahsyat orangnya. Dia datang hospital, rukyah dan doakan saya.

“Apa yang dibaca dalam filem Munafik sebagai Ustaz Adam, itulah yang dia baca. Dia pegang dahi saya kemudian dia baca.

“Saya menangis waktu itu. Saya sangat tersentuh dengan apa yang dia buat. Dia memang sahabat saya,” tambahnya.

Untuk info, konsert The Journey Of ‘Mawi World’ yang berlangsung pada 8 November lalu telah menghimpunkan ramai rakan penyanyi serta rakan industri yang banyak memberikan sokongan buat Mawi sepanjang bergelar penyanyi.

Selain Syamsul, antara penyanyi jemputan yang turut memeriahkan konsert berkenaan termasuklah Datuk AC Mizal, Felix, Daly Filsuf dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement