Skip to main content

Hiburan

Mawi Dedah Pernah Raih ‘Payment’ Cecah Ratusan Ribu Selepas Keluar AF - “Menangis Saya, Dulu Jaga Pusat Karaoke Satu Lagu Dapat RM0.50 Ja”

Mawi

Sekilas

  • Mawi berkongsi bahawa gaji pertamanya selepas menjuarai Akademi Fantasia Musim Ke-3 mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.
  • Dia terkejut dan menitiskan air mata mengenangkan perbezaan besar antara gaji awalnya di pusat karaoke dengan bayaran lumayan selepas populariti meningkat.
  • Beberapa persembahan yang diterimanya juga menawarkan bayaran sehingga RM150,000 hingga RM200,000, menandakan kejayaan besar dalam kerjayanya.

Penyanyi dan pengacara, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tangga gaji yang pernah diterima sewaktu awal penglibatannya dalam industri hiburan lebih dua dekad yang lalu.

Menerusi podcast Sembang Seram, Mawi memaklumkan bayaran pertama yang diterimanya sebulan selepas menjuarai program Akademi Fantasia Musim Ke-3 (AF3) mencecah ratusan ribu ringgit.

“Waktu zaman AF ada seorang lelaki bernama Brader Man, dia yang jaga saya. Masa itu baru sebulan selepas saya habis AF. Dia kata, ‘Lu chill eh gua nak cakap ni. Lu punya gaji hampir mencecah hundred K.’

“Saya terus tanya dia ‘K’ tu apa? Hundred saya fahamlah tapi ‘K’ tu apa kan? Dia cakap ratus ribu bro.

“Saya tanya lagi untuk bulan ni saja dah banyak begitu? Dia siap cakap banyak lagi payment yang belum ‘release’,” katanya.

Menurut Mawi, berita itu membuatkan dia berasa sangat terkejut sehingga menitiskan air mata tatkala mengenangkan semula tangga gaji yang pernah diterimanya ketika bekerja di sebuah pusat karaoke.

“Saya memang terkejut sampaikan menangis. Jadi tak tahu nak buat apa dengan duit sebanyak itu.

“Masakan tidak, dulu kerja jaga pusat karaoke satu lagu RM2 tapi dapat upah RM0.50,” kongsinya lagi.

Berkongsi lanjut, pelantun lagi Angan Dan Sedar itu memaklumkan bahawa terdapat juga beberapa persembahan yang menawarkan bayaran sangat lumayan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

“Dan waktu itu, ada juga show yang bayar saya dalam lingkungan RM150,000 hingga RM200,000.

“Saya jadi macam pelik dan terkejut juga bila memikirkan tawaran yang diberikan setinggi itu,” ujarnya.

Sekadar info, Mawi dinobatkan sebagai juara AF3 pada tahun 2005.

Lebih manis, kejayaan Mawi ketika itu turut mencetuskan fenomena yang dikenali sebagai ‘Mawi World’ sehinggakan popularitinya melonjak ke seluruh negara.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Must-Watch Video

Advertisement