Skip to main content

Hiburan

Mawi Imbau Zaman 'Mawi World', Bapa Pernah Pengsan Di Masjid - “Saya Jadi Panik…”

Mawi

Sekilas

  • Mawi berkongsi pengalaman luar biasa ketika populariti 'Mawi World' di mana bapanya sanggup melayan peminat walaupun keletihan sehingga pengsan di masjid.
  • Fenomena itu berlaku selepas Mawi menang Akademi Fantasia musim ketiga pada 2005 dan popularitinya terus melonjak dengan gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2006 dan 2007.
  • Ketika kejadian, ribuan peminat membanjiri kampungnya sehingga suasana menjadi tidak terkawal dan Mawi sendiri sukar menunaikan solat dengan tenang kerana dikerumuni peminat.
Advertisement

Penyanyi Mawi mengimbau semula detik luar biasa ketika berada di kemuncak populariti menerusi fenomena 'Mawi World', apabila kehadirannya sentiasa menjadi perhatian ke mana sahaja dia pergi.

 

Advertisement

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 44, berkata situasi ketika itu bukan sahaja memberi kesan kepadanya, malah turut melibatkan bapanya yang sentiasa melayan peminat tanpa mengira keadaan.

 

Menurut Mawi, bapanya tidak pernah sanggup menghampakan peminat walaupun sudah beberapa hari tidak cukup berehat.

 

“Ayah tetap akan layan (peminat) walaupun dia sudah tak tidur dua tiga hari. Yang lain sudah penat dan saya minta dia tutup pintu untuk rehat sekejap tapi katanya, ‘jangan, orang datang kena layan.’ 

 

“Sampailah dia pengsan dekat masjid. Ketika itu saya pertama kali balik kampung (selepas Akademi Fantasia),” kata Mawi menerusi audio siar Kita-Kita Aje.

 

Mawi berkata, suasana ketika itu benar-benar di luar kawalan apabila ribuan peminat membanjiri kawasan kampungnya sehingga bapanya rebah akibat keletihan.

 

Katanya, pada mulanya dia dibawa ke sebuah padang awam untuk bertemu peminat sebelum ketua kampung mencadangkan mereka semua bergerak ke masjid kerana waktu Maghrib sudah hampir tiba.

 

“Mereka bawa saya ke padang awam tapi semasa itu sudah nak masuk waktu maghrib dan ketua kampung minta saya bawa semua orang pergi masjid untuk solat.

 

“Semasa saya ajak mereka, yang berada di bawah semuanya melaungkan ‘Allahu Akbar!’. Saya jadi panik dan waktu itulah bapa saya pengsan dalam masjid. Orang kejar saya dengan bapa saya,” ujarnya. 

 

Menurut pelantun lagu Kian itu lagi, dia juga tidak dapat menunaikan solat dengan tenang kerana terus dikerumuni peminat yang sanggup menunggu di luar bilik tempat dia berlindung.

 

“Saya tak boleh nak solat, berkerumun orang dekat tempat imam. Imam sampai suruh saya duduk dalam, kunci pintu dan buat solat jamak.

 

“Orang dekat dalam masjid keluar, mereka pergi ke tingkap bilik yang saya duduk itu dan ketuk. ‘Buka tingkap, aku dah undi kau! Jangan sombong, jangan berlagak’,” katanya. 

 

Untuk rekod, fenomena 'Mawi World' tercetus selepas Mawi muncul sebagai juara Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005 sehingga mencetuskan gelombang luar biasa dalam industri hiburan tanah air.

 

Popularitinya terus memuncak apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama dua tahun berturut-turut pada edisi 2006 dan 2007.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must Watch Video

Advertisement