Skip to main content

Hiburan

Mawi Luah Rasa Rindu Pada Felix - “Apa Cerita Ya Mamat Ni? Nak Dia Comeback Tak Guys?”

Mawi

Sekilas

  • Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga, meluahkan rasa rindu terhadap rakan seperjuangannya, Felix Agus, melalui hantaran di Threads.
  • Netizen turut berkongsi rasa rindu dan berharap Felix dapat membuat kemunculan semula di televisyen, malah ada yang mencadangkan Mawi menjemput Felix ke konsertnya nanti.
  • Mawi sebelum ini memberi bayangan akan menganjurkan konsert solo selepas mendapat permintaan ramai, terutamanya selepas persembahannya dalam konsert 3 Aura bersama Ameng Spring dan Datuk Jamal Abdillah.
Advertisement

Penyanyi dan juara program Akademi Fantasia musin ketiga (AF3) iaitu Mawi menyorot perhatian apabila meluahkan rasa rindu terhadap rakan seperjuangan yang juga naib juara bagi AF3 iaitu Felix Agus.

Menerusi hantaran di Threads, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah memuat naik foto Felix sambil bertanyakan keberadaan pelantun Warkah Berlagu Pilu itu.

Advertisement

“Tiba-tiba ja rindu pada mamat (Felix) ini. Apa cerita ya mamat ini?

“Korang rindu tak dengan dia? Nak dia comeback tak guys?,” kongsi Mawi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Felix di kaca televisyen setelah sekian lama tidak berbuat demikian.

Malah, ada yang meninggalkan komen meminta Mawi untuk menjemput Felix ke konsert yang bakal diadakan pelantun Angan dan Sedar itu tidak lama lagi.

Terdahulu, Mawi memberi bayangan bakal menganjurkan sebuah konsert solo selepas menerima banyak permintaan daripada peminat.

Permintaan itu dibuat selepas Mawi menunjukkan kehebatannya sewaktu penganjutan konsert 3 Aura yang turut dibarisi dua penyanyi lagenda terkenal, Ameng Spring dan Datuk Jamal Abdillah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement