Skip to main content

Selebriti

Mawi Sifatkan Syamsul Yusof Sahabat Yang Baik, Pernah Bantu Rawat & Ruqyah - “Waktu Aku Teruk Terlantar Sebab Sakit Misteri Dulu…”

Mawi Sifatkan Syamsul Yusof Sahabat Yang Baik, Pernah Bantu Rawat & Ruqyah - “Waktu Aku Teruk Terlantar Sebab Sakit Misteri Dulu…”

Sekilas

  • Mawi berkongsi kegembiraan dapat bertemu dengan Syamsul Yusof selepas lama tak jumpa, berbual dari tengah malam hingga pagi.
  • Mawi anggap Syamsul sebagai sahabat baik yang banyak membantu terutama ketika dia mengalami sakit misteri sebelum ini.
  • Syamsul pernah membantu merawat dan melakukan ruqyah kepada Mawi sebelum ini.
Advertisement

Penyanyi, Mawi meluahkan rasa terharu dapat meluangkan masa bersama sahabatnya iaitu pengarah, Syamsul Yusof selepas sekian lama tidak bertemu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawi mendedahkan ketika pertemuan itu, mereka berbual panjang tentang pelbagai perkara.

Advertisement

“Lepak dari 12 tengah malam sampai lima pagi. Memang sur muka pun dah koyak! Hahahah. Bukan aku yang makin kurus tapi orang sebelah aku ni yang makin sado,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mawi juga turut menyifatkan Syamsul sebagai seorang sahabat baik dan banyak membantunya, termasuk ketika dirinya pernah mengalami sakit misteri suatu ketika dahulu.

Kata Mawi, Syamsul merupakan antara individu yang pernah individu yang pernah membantunya melalui rawatan dan ruqyah.

“Dia sahabat aku dalam susah senang. Waktu aku teruk terlantar 'mati hidup semula' kena sakit misteri dulu, dia lah orang yang datang jumpa aku.

“Dia lah orang yang merawat dan ruqiah aku! Tapi bukan sebagai Ustaz Adam (filem Munafik). Dia datang dengan penuh keikhlasan sebagai Syamsul Yusof.

“Dan dengan izin Allah aku sembuh Sol. Aku minta maaf sebab pecahkan rahsia ni Sol. Kau mesti marah kat aku kan. Hehehe sorry okay.

“Okay dah. Sol jom comeback! Rindu nak perform dengan kau,” kongsinya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Must Watch Video

Advertisement