Misteri penemuan mayat seorang wanita di dalam kereta Tesla milik penyanyi D4vd di Los Angeles baru-baru ini dikenal pasti.
Pihak forensik mengesahkan ia milik seorang gadis berusia 15 tahun yang telah hilang sejak tahun lalu dengan identiti nama Celeste Rivas, lapor NBC News.
Advertisement
“Bagaimanapun buat masa ini punca kematian gadis tersebut masih dalam siasatan. Kami juga belum mempunyai suspek yang terlibat dalam kes ini,” kata wakil LAPD menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada media tempatan.
Rivas adalah seorang penjenayah remaja yang dilaporkan hilang dari Lake Elsinore.

Terdahulu mayat gadis tersebut ditemui dalam kereta penyanyi lagu Romantic Homicide selepas individu melaporkan kepada pihak berkuasa ia mengeluarkan bau busuk. Kereta yang dipercayai telah ditinggalkan lama tersebut ditunda sebelum mayat gadis itu ditemui.
Sementara itu, wakil D4vd atau nama sebenar, David Anthony Burke berkata telah dimaklumkan mengenai status terkini kes tersebut dan sedia memberi kerjasama penuh.
Sewaktu kes tersebut diberitakan pada awal September lalu, penyanyi itu sedang dalam siri Withered World Tour. Salah satu persembahannya di Seattle telah dibatalkan.