Skip to main content

Hiburan

Mazli Macam Ayam? Chech Harith Berbesar Hati Jika Disamakan Dengan Naim Daniel

Mazli Macam Ayam? Chech Harith Berbesar Hati Jika Disamakan Dengan Naim Daniel

Sekilas

  • Chech Harith berbesar hati jika watak Mazli dalam KUDRAT 1968: High Council disamakan dengan karakter Ayam lakonan Naim Daniel dalam Project: High Council kerana persamaan gaya bercakap dan sikap yang banyak berceloteh.
  • Chech sedang bereksperimen dengan watak Mazli dan berharap penonton akan jatuh hati dengan lakonannya, sambil terbuka menerima maklum balas untuk memperbaiki mutu lakonan.
  • KUDRAT 1968 adalah prekuel kepada dunia High Council yang kini ditayangkan di Astro Ria dan Astro Citra setiap Jumaat, dengan episod lebih awal di Sooka dan Astro X3.
Advertisement

Pelakon, Chech Harith mengakui berbesar hati jika watak yang dibawakannya, Mazli dalam KUDRAT 1968: High Council disamakan dengan karakter Ayam yang pernah dilakonkan oleh penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dalam Project: High Council.

Menurut Chech, persamaan antara kedua-dua karakter itu mungkin dapat dilihat menerusi gaya percakapan serta sikap yang banyak berceloteh.

Advertisement

Namun begitu, dia menjelaskan terdapat beberapa perbezaan yang membezakan watak Mazli dan Ayam.

“Sejujurnya, untuk dibandingkan dengan Naim Daniel daripada segi pembawakan watak adalah satu benda yang saya sangat honored.

“Tapi ada perbezaan antara karakter Mazli dan Ayam. Mungkin daripada segi gaya bercakap dan banyak berceloteh itu sama, tapi ada sisi lain yang mungkin tak tertonjol sangat.

“Jadi, kena nantikan apa yang membezakan watak kami. Cuma jika disamakan dengan Naim, saya rasa sangat bersyukur, alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Chech mengakui dia sendiri masih bereksperimen dengan karakter Mazli dan tidak dapat menjamin sama ada penonton akan jatuh hati dengan lakonannya.

Bagaimanapun, pelakon itu tetap meletakkan harapan agar watak berkenaan mampu mendapat tempat di hati penonton.

“Saya pun tengah bereksperimen sebenarnya. Saya pun nak tahu maklum balas, adakah orang akan jatuh hati dengan watak ini. Kalau berdasarkan jangkaan saya, saya rasa orang akan jatuh hati sebab saya pun dah dapat maklum balas daripada pengarah dan sebagainya.

“Saya harap mereka akan jatuh hati, tapi kalau tak jatuh pun tak apa. Saya akan cuba lagi. Saya boleh cuba jatuhkan hati korang. “Insya-Allah, kalau ada apa-apa maklum balas, saya terbuka,” ujarnya.

Chech pada masa sama menganggap setiap maklum balas yang diterima daripada penonton sebagai satu peluang untuk dia memperbaiki lagi mutu lakonannya.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.


KUDRAT 1968: High Council kini ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam. Penonton juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement