Skip to main content

Hollywood

Mbappe, Messi Muncul Dalam Muzik Video Dai Dai, Shakira

Astro Gempak shakira mbappe

Sekilas

  • Muzik video lagu tema Piala Dunia 2026, Dai Dai nyanyian Shakira, telah dilancarkan dengan penampilan bintang bola sepak terkenal seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Erlina Haaland.
  • Video berdurasi empat minit itu dirakam di Miami dan menampilkan lokasi ikonik Mexico serta klip legenda bola sepak dari edisi Piala Dunia sebelum ini.
  • Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun di Mexico, dengan Shakira dijadual membuat persembahan separuh masa bersama artis terkenal lain seperti Madonna dan BTS.
Advertisement

Kempen Piala Dunia 2026 semakin hangat terasa selepas muzik video lagu tema temasya sukan terbesar dunia itu, Dai Dai yang dinyanyikan Shakira, dilancarkan.

Dalam visual muzik video berdurasi empat minit itu, peminat disajikan dengan penampilan bintang bola sepak tersohor iaitu Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Erlina Haaland yang dilihat masuk ke dalam padang dan melaungkan kalimat ‘we are ready.

Advertisement

Dirakamkan di Miami, muzik video tersebut diarahkan oleh Hannah Lux Davis. Ia antaranya menyaksikan Shakira ‘berada’ di lokasi ikonik bandaraya Mexico sebelum dilihat menari di kawasan padang pasir bersama sekumpulan kanak-kanak Afrika.

Turut kelihatan dalam muzik video yang menampilkan bendera Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 adalah Burna Boy, lapor Yahoo!.

Muzik video itu juga merangkumkan klip daripada piala dunia sebelumnya dengan Shakira ‘memanggil’, legenda-legenda bola sepak seperti Diego Maradona, Paolo Maldini, Romário, Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Kaká.

Advertisement

Dai Dai merupakan lagu kedua nyanyian Shakira sempena lagu tema Piala Dunia selepas meledak dengan Waka  Waka (This Time for Africa) yang dirakamkan pada  edisi World Cup 2010 di Afrika Selatan.

Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun di Estadio Ezteca di Mexico sebelum 19 Julai berlangsung di MetLife Stadium di New Jersey.

Shakira juga dijadual muncul membuat persembahan pada acara separuh masa yang pertama kali berlangsung di Piala Dunia 2026 iaitu Madonna dan BTS.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement