Skip to main content

Hiburan

MCPLUS Gegarkan Persiapan SPM 2026, Sembilan Tutor Bakal Bersiaran Secara Langsung Di Astro!

MCPLUS Gegarkan Persiapan SPM 2026, Sembilan Tutor Bakal Bersiaran Secara Langsung Di Astro!

Sekilas

  • MCPLUS akan mengadakan program All Out SPM pada 24 dan 25 Oktober 2026 dengan sesi pembelajaran langsung lapan subjek utama melalui platform Astro dan aplikasi digital.
  • Program ini menampilkan sembilan tutor berpengalaman dan menyediakan 87 sesi seminar langsung serta 87 sesi rakaman Warm Up percuma untuk membantu pelajar menguasai konsep asas dan topik lanjutan.
  • All Out SPM Seminar by MCPLUS berlangsung dari 26 Oktober hingga 15 November 2026 secara eksklusif di aplikasi MCPLUS, menawarkan 145 jam pembelajaran bagi persediaan SPM pelajar seluruh Malaysia.
Advertisement

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026, pusat tuisyen dalam talian MCPLUS tampil dengan inisiatif pendidikan menerusi program All Out SPM, yang bakal menemui pelajar di seluruh negara melalui pelbagai platform Astro pada 24 dan 25 Oktober 2026.

Program selama dua hari itu bakal menampilkan sembilan tutor MCPLUS yang akan membimbing calon SPM menerusi lapan subjek utama, dengan empat sesi pembelajaran secara langsung bermula jam 5 petang hingga 9 malam.

Advertisement

Antara tutor yang bakal menjayakan program berkenaan ialah Sir Fathi, Sir Iqbal, Sir Uzairi, Sir Syahmi, Sir Badang, Sir Asri, Ms Maryam Khan, Ms Sakinah dan Ms Zack Kirana.

Pada Sabtu, 24 Oktober, pelajar berpeluang mengikuti sesi Matematik Tambahan, Sains, Matematik dan Sejarah, manakala Ahad, 25 Oktober pula akan memberi tumpuan kepada Bahasa Inggeris, Ekonomi, Kimia serta Bahasa Melayu.

Lebih menarik, program ini boleh ditonton secara langsung menerusi Astro Tutor TV, Astro Prima, Astro GO, sooka dan Gempak, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada calon SPM untuk mendapatkan bimbingan pembelajaran menjelang peperiksaan penting mereka.

Advertisement

All Out SPM Seminar Kembali Dengan 87 Sesi Pembelajaran, 145 Jam Pengisian!

Tidak terhenti dengan siaran khas di Astro, MCPLUS turut meneruskan usaha membantu calon peperiksaan menerusi program tahunannya, All Out SPM Seminar by MCPLUS, yang bakal berlangsung dari 26 Oktober hingga 15 November 2026, secara eksklusif melalui aplikasi MCPLUS.

Seminar tahun ini bakal menawarkan 87 sesi pembelajaran secara langsung dengan jumlah keseluruhan 145 jam, merangkumi keseluruhan silibus Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pengisian komprehensif ini dirangka bagi membantu calon SPM memperkukuh penguasaan subjek, memahami konsep penting serta memantapkan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

Pada tahun 2025, All Out SPM telah membantu lebih 35,000 pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM, sekali gus menjadi antara pencapaian yang mengukuhkan keyakinan MCPLUS terhadap keberkesanan pendekatan pembelajarannya.

Sebagai sebuah pusat tuisyen atas talian yang mempunyai capaian luas di Malaysia, MCPLUS terus memperkukuh penganjuran seminar tahunannya dengan matlamat menjadikan pembelajaran berkualiti lebih mudah diakses oleh pelajar tanpa mengira lokasi.

Bukan Sekadar Seminar, Pelajar Turut Nikmati 87 Sesi AOS Warm Up Secara Percuma!

Apa yang menjadikan All Out SPM Seminar 2026 lebih istimewa adalah pengenalan All Out SPM Warm Up (AOS Warm Up), iaitu program pembelajaran tambahan yang diberikan secara percuma kepada semua pelanggan seminar.

AOS Warm Up menawarkan 87 sesi pembelajaran dalam bentuk rakaman prarakam, dengan setiap rakaman dipadankan khusus kepada setiap satu daripada 87 sesi seminar langsung.

Berbeza dengan seminar utama yang memberi tumpuan kepada pembelajaran intensif, AOS Warm Up dirangka untuk membantu pelajar menguasai konsep asas dan pengetahuan penting yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum mengikuti sesi seminar sebenar.

Pendekatan ini amat bermanfaat khususnya kepada pelajar yang mempunyai tahap penguasaan sederhana atau lemah, kerana mereka berpeluang membina kefahaman asas terlebih dahulu sebelum mendalami topik yang lebih mencabar dalam seminar langsung.

Bagi pelajar yang sudah mempunyai penguasaan asas yang kukuh, mereka boleh terus mengikuti sesi seminar tanpa perlu melalui AOS Warm Up.

Dengan gabungan kedua-dua komponen ini, pelanggan All Out SPM Seminar bakal menerima akses kepada 174 sesi pembelajaran secara keseluruhan, merangkumi 87 sesi seminar langsung dan 87 sesi rakaman Warm Up tambahan secara percuma.

Pendekatan dua peringkat ini membolehkan pelajar membuat persediaan berdasarkan tahap penguasaan masing-masing, sekali gus membantu mereka mengikuti pembelajaran intensif dengan lebih yakin dan berkesan.

Selain itu, setiap sesi seminar turut dikendalikan oleh barisan tutor MCPLUS yang mahir memudahkan topik kompleks, manakala modul pembelajaran lengkap disediakan untuk membantu proses ulang kaji secara lebih sistematik.

Komitmen Membantu Calon SPM Seluruh Malaysia

Penganjuran All Out SPM menerusi siaran Astro dan aplikasi MCPLUS mencerminkan usaha berterusan dalam memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, khususnya ketika pelajar berada pada fasa akhir persediaan peperiksaan.

Melalui gabungan siaran televisyen, platform penstriman dan aplikasi pembelajaran digital, lebih ramai calon SPM berpeluang mendapatkan sokongan akademik daripada barisan tutor berpengalaman.

Pelajar yang ingin mengikuti All Out SPM boleh menyaksikan siaran langsung pada 24 dan 25 Oktober menerusi platform Astro yang terlibat, manakala All Out SPM Seminar by MCPLUS akan berlangsung secara eksklusif di aplikasi MC Plus bermula 26 Oktober hingga 15 November 2026.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement