Skip to main content

Selebriti

Mdno Mahu Fokus Keluarga, Kelihatan Ceria Namun Sedang Berdepan Dugaan - “Mungkin Orang Nampak Saya Riang Tapi Sebenarnya…”

Mdno Mahu Fokus Keluarga

Sekilas

  • Mdno kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan kehidupan peribadi, terutama menjaga ibu yang strok dan ayah yang sakit.
  • Mdno mengakui walaupun kelihatan ceria di media sosial, dia menghadapi pelbagai cabaran peribadi yang hanya Tuhan yang tahu.

Pencipta kandungan kesihatan, Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai Mdno, membuat keputusan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga dan kehidupan peribadi buat masa ini.

Menurut Mdno, keutamaannya ketika ini adalah membesarkan anak-anak serta menjaga keluarga termasuk ibunya yang mengalami strok dan bapanya yang sedang sakit.

“Saya sekarang ni nak fokus besarkan anak-anak sahaja dan jaga keluarga kecil saya. Saya minta maaf tau kalau mungkin ada yang tersinggung. 

“Saya tetap mdno yang dulu. Cuma saya sekarang ini dengan mak stroke, ayah sakit, si kecik ni ada special issue sikit.

“Saya betul-betul sangat nak fokus jaga apa yang utama. Nak kerja baik-baik. Supaya dapat provide yang terbaik,” jelasnya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam hantaran yang sama, Mdno berkata sebelum ini dia telah melakukan usaha sewajarnya dalam menyuarakan pandangan melalui saluran rasmi termasuk bertemu pihak berkuasa dan menyerahkan memorandum.

“Saya kira saya dah buat bahagian saya yang terbaik dah suatu ketika dulu. Jumpa menteri dah, jumpa mufti dah, bagi memorandum dah, tunggu berjam jam luar parlimen dah, saya cuma mampu takat itu sahaja.

“Saya tak mampu nak argue apa apa lagi. Moga Allah lindung. Energi saya hanya nak disalurkan kepada benda yang sangat berharga untuk saya, sekurang-kurangnya masa sekarang,” ujarnya.

Malah Mdno turut mengakui bahawa di sebalik penampilan ceria di media sosial, terdapat pelbagai cabaran peribadi yang sebenarnya dilalui.

“Mungkin orang nampak saya riang tapi banyak kesusahan dalam hati ni Tuhan sahaja yang tahu. Saya percaya semua kita ada pendirian dan kepercayaan masing-masing.

“Saya harap kita semua masih kawan, masih hargai persahabatan kita semua,” coretnya.


 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement