Skip to main content

Hiburan

Meerqeen Dah Penat! Terkilan Difitnah ‘Dating’ Dengan Wanita Di Bali - “Im Tired Of This…”

Astrogempak Meme

Sekilas

  • Meerqeen menafikan dakwaan bahawa wanita yang dilihat bersamanya di Bali adalah pasangan kekasihnya.
  • Pelakon itu menjelaskan wanita tersebut hanya hadir bersama ramai orang lain di acara yang dihadirinya.
  • Meerqeen berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi dan mencari kesalahan dalam tindakannya.
Advertisement

Pelakon, Meerqeen meluahkan rasa kecewa selepas didakwa keluar berpacaran bersama seorang wanita di Bali, Indonesia

Menerusi satu hantaran balas di Threads, Meerqeen menjelaskan bahawa wanita yang dilihat bersamanya ketika menghadiri sebuah acara bukanlah pasangan seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Bukan nak mempertahankan diri, tapi awak tahu tak konsep acara itu macam mana? Ramai orang ada dekat situ. Dan perempuan itu bukan pasangan saya atau apa-apa," tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon itu mengakui sudah penat berdepan pelbagai spekulasi dan berharap orang ramai berhenti mencari kesalahan dalam setiap tindakannya.

Advertisement

"Saya dah penat dengan semua ini. Pergilah cari benda yang boleh menggembirakan hati. Janganlah asyik cari salah orang saja. Saya tak benci awak, tapi tolonglah, berhenti," tambahnya.



Luahan tersebut dipercayai dibuat susulan dakwaan yang tular di media sosial sehingga mengaitkan dirinya dengan seorang wanita ketika menghadiri sebuah acara.

Sebelum ini, ada seorang individu memuat naik beberapa foto di Threads yang memperlihatkan seorang lelaki yang dipercayai Meerqeen bersama wanita yang didakwa kekasih hati aktor tersebut.

Individu tersebut juga mendakwa wanita itu menemani Meerqeen ketika bermain bola padang.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement