Sekilas
- Meerqeen berkongsi impiannya untuk menjadi bapa yang sanggup lakukan apa sahaja demi anaknya.
- Walaupun belum bergelar bapa, dia melayan adik lelakinya seperti anak sendiri dengan manjakan dan belikan mainan setiap minggu.
- Meerqeen berjanji akan pastikan anaknya dapat apa yang diinginkan tanpa dibiarkan susah seperti dirinya masa kecil.
Pelakon Meerqeen berkongsi impiannya untuk menjadi seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya.
Menerusi podcast Studio Sembang bersama pelakon Amelia Henderson, biarpun belum bergelar bapa namun Meerqeen melayan adik lelakinya seperti anak sendiri.
“Saya nak kahwin… saya nak jadi bapa. Saya rasa, kalau saya ada anak… saya akan jadi seorang bapa yang baik la.
“Sebab cara saya layan adik lelaki saya… saya layan dia macam anak sendiri. Saya belikan dia mainan setiap minggu.
“Walaupun kadang-kala dia ada buat perangai, saya manjakan dia la,” kongsi Meerqeen.
Pada perkongsian yang sama, pelakon drama The Hidden Hand itu juga memberitahu dia akan memastikan anaknya akan dapat apa yang diinginkan.
“Kalau saya ada anak, saya akan tak rajakan anak saya tapi senangkan anak saya. Masa kecil, apa yang saya nak, saya tak dapat sangat.
“Jadi, kalau anak saya nak apa-apa, saya akan pastikan dia ada la benda itu,” ujarnya.
Sumber - TikTok