Sekilas
- Pelakon Meerqeen mendedahkan dia pernah berkahwin semasa muncul di podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Handerson.
- Pendedahan itu sebenarnya merujuk kepada watak dalam drama yang dibintanginya, bukan perkahwinan sebenar.
- Netizen terhibur dengan gurauan Meerqeen dan berkongsi reaksi lucu di ruangan komen podcast tersebut.
Pelakon, Meerqeen mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan dirinya pernah mendirkan rumah tangga.
Meerqeen atau nama lengkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, berkongsi perkara berkenaan ketika muncul di podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Handerson.
“Awak tahu tak saya pernah kahwin, awak tahu tak?
“Sumpah, sumpah, dua tahun (sudah berkahwin),” katanya.
Amelia pada ketika itu juga dilihat seolah-olah tidak percaya dan terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh aktor drama The Hidden Hand itu.
Bagaimanapun, Meerqeen kemudian menjelaskan bahawa perkahwinan tersebut hanyalah sebahagian daripada jalan cerita dalam drama yang dibintanginya.
“Saya kahwin dalam drama,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton podcast itu terhibur dengan gurauan tersebut.