Skip to main content

Hiburan

Meet Your Idol: Ada Yang Rap, Ada Juga Yang Sampai Terjatuh! 21 Orang Alphanites Rebut Peluang Berjumpa Dengan ALPHA

Meet Your Idol: Ada Yang Rap, Ada Juga Yang Sampai Terjatuh! 21 Orang Alphanites Rebut Peluang Berjumpa Dengan ALPHA
Advertisement

Memandangkan ALPHA pernah muncul sebagai idol pada episod pilot, Meet Your Idol kali ini, hadir dengan konsep yang berbeza. 

Bukan tiga mahupun lima, namun kali ini penerbit dan hos, Daniel Cheang menjemput seramai 21 orang peminat ALPHA yang dikenali sebagai Alphanites untuk merebut peluang bagi berjumpa dengan kumpulan M-pop terkenal itu. 

Lebih menarik, Meet Your Idol kali ini menampilkan permainan yang diinspirasikan daripada siri Korea popular iaitu ‘Squid Game’. 

Setiap peserta perlu melalui tiga pusingan untuk memastikan mereka mendapat peluang untuk meluangkan masa bersama dengan ALPHA yang dianggotai oleh Daniel Sher, Izat, Rizal, Ariel, Ray-D, Araff dan Sky. 

Selepas selesai tiga pusingan tersebut, akhirnya pasukan Ray-D yang diwakili oleh Athirah dan Qiela berjaya memenangi hadiah eksklusif tersebut. 

Kedua-dua Alphanites bertuah ini bukan sahaja berjaya membawa pulang album The First Wave dan merchandise malah mereka juga berpeluang untuk ‘pusing-pusing’ Ibu Kota bersama ALPHA dan menikmati persembahan daripada kumpulan tersebut.

Untuk rekod, Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsepkan pertandingan yang menguji peminat tegar menerusi cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.

Dikendalikan oleh Daniel Cheang, program ini menampilkan barisan selebriti popular termasuk Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.

Advertisement

Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi Sooka.

Foto: CuriCuriKlik
 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement