Skip to main content

Hiburan

Meet Your Idol: Beri Balik Kepada Komuniti! Amin Abid Sebak Serahkan Hasil DIY Buat Anak-Anak Autisme - “Semoga Niat Baik…”

Meet Your Idol: Beri Balik Kepada Komuniti! Amin Abid Sebak Serahkan Hasil DIY Buat Anak-Anak Autisme - “Semoga Niat Baik…”

Sekilas

  • Program Meet Your Idol kali ini menampilkan pempengaruh kembar Amin Abid yang memilih Totsphere Therapy Centre sebagai penerima hasil rekaan DIY khas untuk anak-anak autisme.
  • Amin Abid berkongsi idea permainan pembelajaran itu terhasil daripada kajian autisme yang dibuat bersama abangnya dan pengalaman keluarga mereka sendiri.
  • Selain itu, pemenang Syazwani diberi peluang menghasilkan projek DIY bersama Amin Abid dalam satu sesi istimewa di program tersebut.
Advertisement

Berbeza daripada episod terdahulu, program Meet Your Idol kali ini menampilkan pempengaruh kembar, Amin Abid, sebagai tetamu jemputan.

Terkenal dengan hasil rekaan DIY yang kreatif, Amin Abid yang turut mendapat jolokan Phineas & Ferb diberi peluang untuk memilih seorang pemenang bertuah bagi menerima hasil rekaan istimewa yang dihasilkan khas untuk episod berkenaan.

Advertisement

Selepas meneliti beberapa calon, Amin Abid bersama pihak Meet Your Idol memilih Totsphere Therapy Centre sebagai penerima hadiah eksklusif tersebut.

Menurut Amin, idea menghasilkan permainan yang menggabungkan elemen pembelajaran itu tercetus daripada kajian mengenai autisme yang pernah dilakukan bersama abangnya kira-kira dua tahun lalu.

“Sebenarnya, kajian ini kami lakukan dua tahun lepas. Semasa kami belajar, memang kami ada membuat kajian mengenai autisme.

Advertisement

“Anak buah kami pun ada yang autisme dan dia takut pada rumput. Jadi, sebab itulah tercetusnya idea untuk menggabungkan permainan dalam pembelajaran mereka,” katanya.

Ketika sesi penyerahan hasil rekaan tersebut berlangsung, Amin turut kelihatan sebak.

Mengulas lanjut, Amin berkata dia amat menghormati usaha para guru yang mendidik anak-anak autisme kerana memahami bahawa tanggungjawab tersebut bukan sesuatu yang mudah.

“Sebenarnya, kami sangat menghormati cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak autisme. Kami juga ada anak buah autisme dan kami tahu bukan mudah untuk menjaga mereka.

“Jadi, saya sangat menghormati mereka. Semoga dengan niat baik anda semua, Allah permudahkan,” tambahnya.

Namun, seperti kebiasaannya, Meet Your Idol turut menyelitkan kejutan buat para peserta. Pengacara merangkap penerbit program itu, Daniel Cheang, memberikan peluang kepada seorang lagi pemenang, Syazwani, untuk meluangkan masa bersama Amin Abid.

Lebih istimewa, Syazwani turut berpeluang menghasilkan projek DIY bersama Amin yang dikhaskan untuk anak-anak autisme.

Untuk rekod, Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsepkan pertandingan yang menguji peminat tegar menerusi cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.

Dikendalikan oleh Daniel Cheang, program ini menampilkan barisan selebriti popular termasuk Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.

Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi Sooka.

Foto: CuriCuriKlik

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement