Sekilas
- Iman, peminat bertuah penyanyi Firdhaus, memenangi album dan sepasang tiket ke konsert Flat Earth Theory selepas berjaya dalam cabaran 20 seconds of suffer.
- Hos Daniel Cheang memberi peluang kepada Iman untuk memilih aktiviti bersama Firdhaus, dan Iman memilih untuk menyanyi bersama penyanyi itu.
- Program Meet Your Idol menguji peminat melalui cabaran unik untuk pengalaman eksklusif bersama selebriti, disiarkan setiap Khamis di Astro Ria dan Sooka.
Peminat bertuah kepada penyanyi, Firdhaus iaitu Iman memenangi hadiah istimewa selepas berjaya mengharungi 20 seconds of suffer.
Hasil kemenangan itu, Iman berjaya memenangi sebuah album daripada Firdhaus.
Lebih manis, Iman juga menerima kejutan daripada pelantun lagu 能遇見,就很不錯了 (Just Being Able to Meet You Is Enough) apabila memberikan sepasang tiket ke konsertnya iaitu Flat Earth Theory.
Ganjaran tidak berhenti di situ, hos Daniel Cheang juga memberi peluang kepada Iman untuk memilih satu aktiviti untuknya meluangkan masa bersama Firdhaus.
Sebagai penyanyi yang baru mahu mencipta nama, Iman memilih untuk menyanyikan sebuah lagu bersama-sama Firdhaus.
Tidak pulang dengan tangan kosong, dua lagi peminat, Fairus dan Yi Xin juga menerima album daripada Firdhaus.
Sekadar info, Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsep pertandingan yang menguji para peminat tegar melalui cabaran-cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.
Dikendalikan oleh Daniel Cheang, Meet Your Idol menampilkan barisan selebriti popular seperti Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.
Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan Sooka.
Foto: CuriCuriKlik