Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Meet Your Idol: Hussainers Menangis! Daniel Cheang Buat 'Plot Twist' Saat Akhir

Meet Your Idol: Hussainers Menangis! Daniel Cheang Buat 'Plot Twist' Saat Akhir

Sekilas

  • Ketiga-tiga peserta Kelana Akira, Rahamiza dan Suhaily layak berjumpa dengan penyanyi Hussain dalam program Meet Your Idol selepas keputusan diumumkan oleh pengacara Daniel Cheang.
  • Peserta turut menerima buah tangan daripada pereka fesyen Emran Rijal dan menyaksikan persembahan eksklusif Hussain dalam episod tersebut.
  • Meet Your Idol adalah program realiti yang menguji peminat tegar melalui cabaran untuk merebut pengalaman bersama selebriti popular dan disiarkan setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan Sooka.
Advertisement

Peminat kepada penyanyi, Hussain gagal menahan air mata selepas pengacara Meet Your Idol, Daniel Cheang mengumumkan ketiga-tiga peserta layak untuk berjumpa dengan idol mereka.

Daniel memilih untuk memberi peluang kepada Kelana Akira, Rahamiza dan Suhaily selepas berbincang

Advertisement

“Team Meet Your Idol sudah pun berbincang tadi, minta maaf anda bertiga tidak layak untuk pulang ke rumah dengan tangan kosong kerana anda bertiga akan berjumpa dengan Hussain,” umum Daniel.

Dalam episode tersebut, ketiga-tiga peserta bukan sahaja dapat buah tangan oleh pereka fesyen, Emran Rijal malah mereka juga dapat menyaksikan persembahan eksklusif daripada Hussain.

Menjengah ke media sosial, rata-rata tersentuh melihat episod bersama Hussain.

Sekadar info, Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsep pertandingan yang menguji para peminat tegar melalui cabaran-cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.

Dikendalikan oleh Daniel Cheang, Meet Your Idol menampilkan barisan selebriti popular seperti Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.

Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan Sooka.

Foto: CuriCuriKlik

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement