Skip to main content

Hiburan

Meet Your Idol: Jadi Ahli DOLLA Untuk Sehari, Niesa Raih Peluang Rakam Muzik Video GOAT

Meet Your Idol: Jadi Ahli DOLLA Untuk Sehari, Niesa Raih Peluang Rakam Muzik Video GOAT

Sekilas

  • Tiga peminat bertuah, Syazwan, Niesa dan Airul, berpeluang merasai pengalaman menjadi ahli kumpulan DOLLA selama satu hari termasuk latihan tarian dan lawatan ke studio rakaman.
  • Mereka juga menjalani sesi pertemuan peribadi bersama anggota DOLLA dan cabaran untuk merakam muzik video lagu "GOAT" bersama kumpulan itu.
  • Setelah melalui cabaran, Niesa dipilih untuk menyertai DOLLA dalam rakaman muzik video tersebut dalam program realiti "Meet Your Idol" yang disiarkan setiap Khamis di Astro Ria dan Sooka.
Advertisement

Bagaimana rasanya jika diberi peluang menjadi ahli kumpulan DOLLA untuk satu hari? 

Pastinya pengalaman itu menjadi kenangan yang sukar dilupakan, lebih-lebih lagi buat peminat tegar kumpulan popular berkenaan.

Dalam Meet Your Idol kali ini, tiga Idollas bertuah iaitu Syazwan Hakimi, Niesa Adha dan Airul Omar berpeluang merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada kumpulan DOLLA.

Bukan sekadar berpeluang mendekati idola mereka, ketiga-tiga peserta itu turut menjalani latihan tarian bagi lagu GOAT nyanyian DOLLA, sekali gus merasai sendiri cabaran yang perlu dilalui untuk memberikan persembahan terbaik.

Lebih menarik, mereka juga dibawa ke studio rakaman yang menjadi lokasi kumpulan itu menghasilkan lagu. Sepanjang sesi tersebut, Syazwan, Niesa dan Airul berpeluang mengikuti pengalaman di sebalik tabir serta menjalani sesi pertemuan secara individu (one-on-one) bersama anggota DOLLA.

Namun, pengalaman istimewa itu tidak berakhir di situ. Salah seorang daripada mereka bakal dipilih untuk merakamkan muzik video GOAT bersama Tabby, Angel dan Sabronzo.

Selepas melalui pelbagai pengalaman sepanjang cabaran tersebut, DOLLA akhirnya memilih Niesa untuk menyertai mereka dalam rakaman muzik video lagu berkenaan.

Advertisement

Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsepkan pertandingan yang menguji peminat tegar menerusi cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.

Dikendalikan oleh Daniel Cheang, program ini menampilkan barisan selebriti popular termasuk Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.

Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi Sooka.

Foto: CuriCuriKlik

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement