Sekilas
- Mek Yun berkongsi hasratnya untuk memiliki ibu mentua yang baik dan penuh kasih sayang seperti ibu kandung sendiri.
- Dia berharap hubungan rapat dengan ibu mentua dapat menjadi tempat bergantung dan menggantikan kasih sayang seorang ibu apabila ibunya tiada kelak.
- Mek Yun sentiasa mendoakan agar dipertemukan dengan insan yang mampu memberikan kasih sayang tulus seperti seorang ibu.
Pempengaruh media sosial, Mek Yun meluahkan hasratnya yang mengimpikan kehadiran ibu mentua yang baik dan penuh kasih sayang dalam kehidupannya kelak.
Menerusi perkongsian di Threads, Mek Yun berkata antara doa yang sering dipanjatkan adalah untuk memiliki hubungan rapat dengan ibu mentua seperti anak sendiri.
“Korang tahu tak… salah satu impian dalam hidup, Mekyun selalu doa sangat supaya bakal ibu mentua nanti baik, rapat dengan Mekyun dan layan macam anak sendiri,” katanya.
Menurutnya, keinginan itu hadir daripada perasaan dalam diri yang mahukan tempat untuk bergantung, khususnya sebagai pengganti kasih seorang ibu pada masa hadapan.
“Sebab jauh dalam hati, Mekyun selalu terfikir… kalau satu hari nanti Mok dah tak ada dalam dunia ini, dia akan jadi orang yang Mekyun boleh sandarkan rasa itu… macam seorang mak juga.
“Tempat Mekyun masih boleh rasa kasih sayang seorang ibu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berharap dipertemukan dengan insan yang mampu memberikan kasih sayang tulus seperti seorang ibu kandung.
“Mekyun doa akan dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan penuh kasih sayang,” katanya.